Categories
Politik

Zahid tak layak jadi presiden jika rakaman suara benar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak layak untuk terus memegang jawatan Presiden UMNO sekiranya pendedahan audio yang didakwa mirip suaranya dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar.

Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata, banyak pihak terutama ahli-ahli UMNO meletakkan harapan tinggi terhadap Ahmad Zahid untuk memimpin parti itu dengan baik.

“Pada pandangan saya tak baguslah, seorang pemimpin patut tidak berlagak macam itu. Dia mesti lebih bertanggungjawab sebab orang meletakkan harapan kepada dia untuk memimpin dengan lebih baik.

“Mengenai rakaman audio ini, tak tahulah betul atau tak tapi dengar suara macam dia punya suara.

“Kalau benar itu suara dia, kalau benar dia mempunyai niat macam itu. Sebagaimana suara dia sememangnya dia tidak bertanggungjawab, tidak layak kekal di situ,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, tular rakaman suara didakwa mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar berhubung apa yang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada akhir bulan lalu.

Dalam rakaman kira-kira empat minit itu, suara mirip Anwar didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Ahmad Zahid kerana berjaya mengendalikan PAU 2020.

Selain itu, suara yang didakwa Ahmad Zahid berkata, apa yang diucapkan ketika PAU 2020 hanya bersifat taktikal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s