Categories
Pendidikan

Anak Melayu cemerlang di Universiti Al-Azhar, Mesir

MESIR – Anak kelahiran Kuala Lumpur, Ahmad Syamil berjaya merangkul kejayaan pangkat Mumtaz dalam pengajian Sarjana (Masters) dalam bidang Syariah Islamiah di dewan Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah semalam.

Di Universiti Al Azhar, tidak ramai berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana kerana terlalu susah dan lama. Kejayaan Ahmad Syamil di peringkat ini adalah permata berharga buat negara, apatahlagi telah merangkul pangkat Mumtaz.

Terdahulu pada 2011, ketika Ahmad Syamil menamatkan peringkat Sarjana Muda, beliau merangkul Anugerah Imam Syafie oleh Kementerian Pengajian Tinggi (Mesir).

Laman Facebook Ahmad Syamil dihujani dengan ucapan tahniah dan mendapat perhatian masyarakat Malaysia yang turut berbangga dengan pencapaian beliau.

“(Terima kasih) kepada pihak MARA yang telah menaja pembelajaran saya selama kira-kira 3 tahun setengah, Lembaga Zakat Selangor dan juga para penaja yang lain yang juga telah turut menyumbang dalam menyara kos kehidupan saya di Mesir”, kata Ahmad Syamil dalam sebuah catatannya di Facebook.

Beliau dijangka pulang ke Malaysia untuk berbakti kepada negara tidak lama lagi dan diharap menjadi ilmuan Islam yang terbilang satu hari nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s