Kerajaan buka YADIMart, gencar gerak kerja dakwah | #KempenBMF

SERI KEMBANGAN – Gerak kerja dakwah masa kini memerlukan pelbagai kaedah dan cara baharu untuk menarik perhatian masyarakat. Ia ditambah pula dengan cabaran masa kini yang bukan sahaja mendesak kepada cara kreatif, tetapi juga kos yang tinggi.

Atas faktor ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mengambil keputusan berani keluar daripada keselesaan dan menceburi bidang perniagaan runcit bukan saja untuk menambah dana, tetapi juga memastikan kemapanan kewangan bagi melancarkan gerak kerja dakwah badan ini.

Bertempat di Bandar Putra Permai di sini, YADIM pada 10 April telah mengadakan pelancaran Pasar Raya YADIMart yang disempurnakan oleh Yang Dipertuanya, Ustaz Nasrudin Hassan.

YADIMart merupakan manifestasi kesungguhan YADIM untuk melestarikan gerakan dakwah yang mempunyai cakupan luas termasuk dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

Dalam ucapannya, Ustaz Nasrudin berkata kerja kerja dakwah tidak seharusnya mengikut rutin semata mata, sebaliknya mestilah dipelbagaikan.

Tambah beliau, tanpa meninggalkan apa yang selama ini dilaksanakan, YADIM mahu menerokai bidang baharu dalam dakwah termasuklah perniagaan.

Menerusi keuntungan bidang ini nanti jelas beliau, ia akan digunakan semula untuk melestarikan gerakan dakwah di negara ini, menerusi pelbagai aktiviti YADIM.

YADIMart merupakan sebuah pasar raya pertama milik YADIM, yang mempunyai keluasan 5,880 kaki persegi ini dan menjual lebih daripada 2,000 produk daripada kategori segar dan keperluan isi rumah.

Ia memberi keutamaan kepada para usahawan kecil dan sederhana Bumiputera Muslim untuk membekalkan produk mereka di YADIMart selain daripada produk produk berjenama yang popular bagi isi rumah di Malaysia.

Pada masa yang sama, YADIMart akan memberikan perhatian khusus kepada aspek sumbangan kebajikan. Untuk tujuan ini, foodbank dalam bentuk rak makanan ditempatkan di premisnya untuk membantu golongan yang memerlukan.

Dalam pada itu, turut diadakan pada majlis pelancaran ialah sumbangan voucer membeli belah di YADIMart kepada 30 asnaf terpilih di sekitar kawasan ini.

Sebagai usaha Melestari Gerakan Dakwah, YADIM memerlukan sokongan dan dokongan tenaga sukarelawan yang ramai.

— FB rasmi YADIM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: