Categories
Ekonomi

Kerajaan tingkat peratusan syarikat Bumiputera bekal tenaga elektrik | #EkonomiMuslim

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) berhasrat untuk meningkatkan peratusan penyertaan vendor Bumiputera dan nilai tambah dalam kumpulan vendor syarikat utiliti tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ir Baharin Din berkata peningkatan peratusan vendor Bumiputera tersebut adalah untuk projek pembekalan tenaga elektrik negara.

“Jumlah perolehan tahunan kami sebanyak RM8 bilion dan 53 peratus adalah Bumiputera.

“Strategi kami, sebagai contoh adalah meter pintar. Kami sedang menyediakan vendor tempatan dari segi pemasangan dan perkilangan supaya peratusan penglibatan tender tempatan dalam meter pintar mencapai kadar 100 peratus pada masa depan,” katanya selepas menghadiri program Hari Terbuka Vendor TNB di sini hari ini.

Setakat ini, TNB mempunyai hampir 800 vendor tempatan dan 30 pengilang tempatan.

Baharin berkata program pemasangan meter pintar kini mencatatkan perolehan sebanyak RM1.2 bilion.

“Projek meter pintar telah membuka peluang pelaburan kepada pengilang dan pembekal tempatan untuk memenuhi keperluan meter, infrastruktur telekomunikasi dan perisian yang berkaitan dengan nilai perolehan melebihi RM1.5 bilion untuk tempoh tiga hingga empat tahun akan datang,” katanya.

Menurutnya, terdapat pelbagai inisiatif lain yang dilaksanakan TNB seperti teknologi grid pintar dengan ciri Internet of Things yang dapat menyumbang kepada aktiviti ekonomi untuk para pembekal.

Bertemakan “Business Opportunity: Towards New Economy”, hari terbuka tersebut dihadiri lebih 150 vendor TNB. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s