Categories
Politik

Liberalisme mengajar ‘sembah’ peti undi

Orang tua-tua Melayu dahulu tidak belajar tinggi sampai memiliki PhD, tetapi hari ini gelaran itu diambil kira sebagai penanda aras ketinggian pencapaian ilmu pada diri seseorang, dan yang cukup hebat daripada itu, gelaran ini disebarluaskan dalam media sosial untuk meraih populariti dan sekaligus menaikkan bayaran.

2. Namun apabila membaca beberapa keratan kenyataan Facebook dari tokoh-tokoh parti yang bersandarkan kepada gelaran ini yang bertubi-tubi menghina “lebai-lebai” dalam sebuah “parti lebai” baru-baru ini telah meruntun jiwa, dan pada hakikatnya menyerlahkan lagi “darjah keilmuan” atau “level of intellectuality” pada Presiden daripada parti berkenaan.

3. Pun begitu, ada juga Presiden daripada parti lain yang memiliki ijazah sah PhD daripada universiti tempatan menyangkal dirinya dikaitkan dengan suara dalam perbualan telefon dengan seorang “bakal PM” atau future Prime Minister of Malaysia, sehingga saat artikel ini ditulis, tokoh tersebut masih belum menunaikan janji yang dibuatnya sendiri untuk buat laporan polis berkaitan insiden kalut tersebut.

4. Kemelut ini mengingatkan kita kepada pesanan orang tua-tua – antaranya bila kita bercakap, kita kena berhati-hati: “Cakap Siang Pandang-Pandang” dan pengajarannya jangan sampai “Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata padah jawabnya”. Kata-kata perumpamaan ini mengajar kita supaya berhati-hati bukan hanya semasa berkata-kata di dalam berceramah tetapi juga dalam perbualan seharian kita.

5. Demikianlah kearifan tempatan yang menyelubungi diri, mental dan jiwa orang tua-tua kita dahulu yang berjaya melahirkan sekian banyak peribahasa Melayu dalam bentuk nasihat, teguran, dan ingatan untuk generasi mendatang. Malangnya budaya ini semakin menghilang akibat permodenan yang menghakis nilai budaya bangsa.

6. Begitu juga tentulah itu antara bukti paling sahih bagi orang Melayu, kita “tidak bodoh” dan “tidak lupa” bagaimana pelbagai tohmahan dilontarkan oleh pemimpin Melayu yang tamak haloba ke atas muka bangsa Melayu sendiri. Lidah mereka terlalu celupar menghina bangsa sendiri kerana hendak menjaga hati bangsa lain, padahal sebenarnya mahu menjaga undi dari mereka.

7. Dan memang ada kebenarannya jika dikaitkan “kebodohan” dan “kealpaan” itu kepada pemimpin-pemimpin politik Melayu mutakhir ini, yang dilihat oleh rakyat jelata sudah terlalu kuat berpolitik, mereka rakus berebut kerusi dan kuasa, lalu mengabaikan tanggungjawab asasinya sebagai Wakil Rakyat dari lantikan pengundi pada PRU-14 yang lalu.

8. Sewajarnya segala tenaga dan tumpuan harus diberikan untuk membantu negara mengatasi pandemik Covid-19 dan menyegerakan sebarang bentuk kegiatan bagi memulihkan ekonomi warga dan negara, namun “kebodohan” itu jua yang mampu diperlihatkan kepada seluruh netizen. Apakah kerana kejahilan atau memang kerana ada agenda lain di sebaliknya, dan untuk itu tidak mustahil rata-rata politikus sentiasa ada pelan B.

9. Ternyata benar ungkapan yang menyatakan bahawa inilah contoh-contoh politikus yang seolah-olah “beriman dengan peti undi” semata-mata, tanpa mengira siang dan malam, mereka akan bertungkus-lumus bekerja keras untuk meraih undi wargamaya sehingga akhirnya jatuh juga kredibiliti mereka, yang menjadi asbab ialah kerana terlalu yakin bahawa mereka pasti menang.

10. Moga-moga parti-parti Melayu-Islam tidak “melacur diri” ke tahap paling hina sedemikian rupa, sebagaimana SUHAKAM yang sedang cuba mengabsahkan penyundalan dengan cubaan awal menjadikan pelacur sebagai satu kerjaya. “Lidah saya tidak menuduh sesiapa tetapi jari menuding ke arah seseorang”, begitulah alasan SUHAKAM.

“Ya Allah, Rabb, Ya Tuhan kami… kami banyak melakukan dosa; ampunilah kami dan kembalikan kami ke Jalan-Mu, Ya Rabbal ‘Alamin!”

Penulis ialah Haji Rashidi Bin Haris yang merupakan Ketua Aktivis Pertubuhan MUAFAKAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s