Khidmat nasihat guaman percuma bantu wanita tangani masalah rumah tangga

BANGI – Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) melancarkan platform aduan atas talian yang menawarkan khidmat nasihat percuma bagi membantu golongan wanita menangani masalah rumah tangga.

Platform – TeleWafiq – itu diperkenalkan untuk golongan wanita yang mengalami masalah perkahwinan, penceraian, penderaan seksual dan keganasan rumah tangga khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

TeleWafiq menawarkan khidmat bantuan dan nasihat guaman bergantung kepada kes-kes tertentu, sebelum dirujuk kepada pihak yang berkaitan.

Presiden WAFIQ, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, idea melancarkan platform berkenaan mengambil masa empat hingga lima bulan bagi melengkapkan satu pasukan yang terdiri daripada peguam Syarie, peguam sivil, kaunselor dan pihak perubatan.

“Di samping itu, WAFIQ juga ada kerjasama dengan pusat-pusat perlindungan wanita yang kita boleh kita rujuk kes-kes sekiranya perlu.

“Sebelum adanya TeleWafiq, kita menerima banyak aduan secara pertemuan mengenai kes-kes wanita yang mengalami masalah perkahwinan, penceraian dan keganasan rumah tangga,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini TeleWafiq hanya boleh diakses melalui dua medium iaitu melalui laman web dan aplikasi Whatsapp.

“Kita dalam usaha merangka satu sistem yang ‘user friendly’ dalam laman web iaitu pengadu boleh mengisi maklumat mereka sekali gus, tetapi ia mengambil masa.

“Namun, kaedah sekarang adalah terus melalui Whatsapp, di mana staf atau pegawai akan bertanya soalan dana memulakan sesi nasihat,” katanya.

Ditanya apakah TeleWafiq hanya khusus kepada wanita, Dr Rafidah Hanim berkata, secara amnya platform berkenaan terbuka untuk mana-mana golongan yang berdepan masalah rumah tangga, termasuk lelaki.

“Isu keganasan rumah tangga ini sebenarnya terbuka, namun berdasarkan statistik kebanyakan mangsa adalah wanita, tetapi ada juga lelaki. 

“Begitu juga dengan isu penderaan seksual kanak-kanak, kita akan bekerjasama dengan team I-Medik dan pihak polis untuk melihat kes itu dengan lebih mendalam,” katanya.

Aduan boleh disampaikan melalui WhatsApp http://www.wasap.my/60139249051/teleWAFIQ

— Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: