Iklan judi raya perlu dikekang, jangan sampai ada iklan pelacuran versi raya pula nanti!

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) hari ini menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk bertindak dalam isu iklan judi versi raya yang menggusarkan ramai pihak.

Menurut beliau, jika isu ini tidak dikekang maka tidak mustahil iklan seumpama ini akan lebih berleluasa sehingga menjadi yang boleh diterima dalam masyarakat melalui normalisasi.

Dakwa beliau lagi, video tersebut seolah-olah mengajak untuk berjudi melalui perkhidmatan mereka untuk mengumpul wang untuk raya. Ini adalah sangat biadap dan pastinya mustahil mereka tidak tahu berjudi adalah haram dalam Islam.

“Apakah mereka sangka umat Islam begitu terdesak mencari wang untuk raya sampai sanggup berjudi? Saya melihat, penghasilan iklan ini jelas adalah sesuatu yang disengajakan demi publisiti murahan melalui provokasi kepada sensitiviti umat Islam”, katanya.

“Perkara ini perlu dikekang sebelum menjadi norma pada masa hadapan. Jangan sampai iklan pelacuran pun ada versi raya pula nanti!”, tegas beliau.

GDBet333 dikatakan beroperasi di Malaysia dan Singapura sebagai permainan kasino atas talian melalui telefon pintar dalam bentuk IOS ataupun android. Video iklan tersebut dilaporkan dimuat naik hampir seminggu lalu di YouTube.

Walaubagaimanapun, iklan tersebut dipercayai sudah dipadamkan kerana melanggar garis panduan komuniti YouTube.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: