Categories
Negara

Menteri arah PDRM bertindak insiden pekerja dipukul majikan kerana berpuasa

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden dua pengawal peribadi dipukul majikan dikatakan kerana berpuasa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Isu orang berpuasa ini besar dalam negara…ada sesuatu yang tidak betul (dalam kejadian ini),” katanya kepada pemberita selepas Program Wacana Meja Bulat bersama Menteri Dalam Negeri di sini hari ini.

Mahkamah Majistret Klang hari ini mengeluarkan perintah reman terhadap empat individu termasuk seorang pengawal peribadi bagi membantu siasatan kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dalam sidang media berasingan berkata kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa itu telah membawa kepada pembongkaran aktiviti judi haram dan sindiket ceti haram atau Along yang dijalankan syarikat milik majikan terbabit.

Mengenai isu pembabitan anggota dan pegawai polis dalam jenayah, Hamzah berkata mereka yang melakukan kesalahan akan dibicarakan seperti orang biasa mengikut undang-undang sedia ada.

“Kalau anggota buat kesalahan dalam Akta Polis 1967, dia kena lalui proses tertentu contohnya kalau bersalah dihukum turun pangkat dan sebagainya.

“Jika lakukan jenayah, memang ada undang-undang iaitu tangkap dan sebagainya,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s