‘Belasah pekerja, mohon maaf… iklan judi, mohon maaf…mana maruah Islam?’

BANGI – Sudah dijangka, permohonan maaf akan diungkapkan pihak yang mengguris hati umat Islam, termasuk majikan yang didakwa membelasah dua pengawal peribadinya kerana berpuasa pada bulan Ramadan.

Menerusi video yang disiarkan The Star, lelaki berusia 43 tahun itu meminta maaf kepada umat Islam dan Yang di-Pertuan Agong atas insiden yang berlaku.

“Sekiranya apa yang saya katakan kepada pengawal peribadi saya menyinggung perasaan sesiapa, saya rasa saya harus minta maaf kepada semua umat Islam di negara ini, kepada Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal peribadi saya.

“Bagaimanapun saya tidak bermaksud menghina sesiapa dengan apa yang saya katakan,” katanya dalam bahasa Mandarin.

Bagi mantan Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, permohonan maaf majikan itu bukan sesuatu yang baharu.

Beliau juga tidak pelik apabila pihak yang terbabit dalam iklan kontroversi yang mempromosikan aktiviti perjudian atas talian sempena Hari Raya meminta maaf.
“Mohon maaf. Majikan yang belasah pekerja kerana berpuasa mohon maaf.

“Pihak yang mempromosikan judi melalui iklan raya mohon maaf. Maaf, maaf, maaf.
“Di manakah martabat umat dan maruah agama ini?,” soalnya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai dua klip video iklan bertemakan Hari Raya yang dipercayai diterbitkan syarikat menyediakan platform perjudian secara dalam talian menerusi laman sesawang.
Berikutan itu, polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Loh Kee Hoe yang dipercayai dalang utama kepada pembikinan dua video iklan berkenaan.

Kredit berita: Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: