‘Kamu jangan sangka minta maaf sambil nangis, boleh ‘kawtim’ buat Melayu cair’

KUALA LUMPUR – Pengerusi gabungan NGO-NGO Islam, PEMBELA iaitu Hj Aminuddin Yahaya hari ini menyelar permohonan maaf yang dibuat oleh majikan yang membelasah pekerjanya kerana berpuasa.

Aminuddin berkata, hukuman berat mana pun tidak dapat merawat luka di hati umat Islam kerana insiden ini.

“Kamu jangan sangka sekadar minta maaf sambil nangis-nangis boleh ‘kawtim’ sampai hati kami cair”, katanya.

Aminuddin juga menyelar majikan tersebut yang kononnya meminta maaf kepada semua yang tersinggung, tetapi dalam bahasa asing.

“…yang terguris perasaan dan maruahnya adalah orang Islam, yang majoritinya orang Melayu. Yang dipukul dan diacukan pistol adalah orang Melayu juga.

“Mengapa permohonan maaf tiba-tiba dibuat dalam bahasa yang kita tidak fahami pula?”, katanya lagi.

Menerusi video yang disiarkan The Star, lelaki berusia 43 tahun itu meminta maaf kepada umat Islam dan Yang di-Pertuan Agong atas insiden yang berlaku.

“Sekiranya apa yang saya katakan kepada pengawal peribadi saya menyinggung perasaan sesiapa, saya rasa saya harus minta maaf kepada semua umat Islam di negara ini, kepada Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal peribadi saya.

“Bagaimanapun saya tidak bermaksud menghina sesiapa dengan apa yang saya katakan,” katanya dalam bahasa Mandarin.

One thought on “‘Kamu jangan sangka minta maaf sambil nangis, boleh ‘kawtim’ buat Melayu cair’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: