Isu judi, arak dan pelacuran: adakah ini provokasi musuh negara?

Kali ini negara digemparkan pula dengan video mempromosi judi online GDBet333 yang tular bertemakan menyambut Hari Raya Eid Fitri dan para pelakonnya terdiri daripada beberapa anak muda Melayu atau mungkin yang mempunyai wajah kemelayuan tetapi sebenarnya bukan orang Melayu.

2. Walaupun telah mendapat protes daripada majoriti umat Islam-Melayu sebaik tersiarnya video pertama promote judi haram online, namun beberapa hari kemudian difahamkan tular edisi yang kedua pula. Secara tidak langsung penerbit dan syarikat judi ini tidak ambil peduli reaksi orang ramai khususnya dari kalangan Melayu-Islam.

3. Keuntungan lebih penting daripada segalanya sekalipun melanggar undang-undang, atau pun apakah ini agenda naratif jangka panjang kepada suatu matlamat rahsia yang tersembunyi. Jika diamati secara halus dengan mengambil kira beberapa isu-isu semasa yang kebanyakannya memang mencabar kedaulatan perlembagaan negara.

4. Semua ini dapat dilihat apabila sebelum itu, negara dikejutkan pula dengan kenyataan amat biadab oleh Pesuruhjaya SUHAKAM Dato’ Prof. Madya Dr. Madeline Berma seorang anak Sarawak berketurunan Iban yang dilihat bagai mencuba untuk menormalisasikan kegiatan pelacuran. Beliau mengambil pendekatan mengubah istilah bahasa pelacur kepada pekerja seks, yang mengambarkan seolah-olah seks juga sebahagian daripada profession.

5. Kemudian, judi, arak dan pelacuran merupakan tiga kegiatan yang di sisi agama Islam terkait kuat dengan dosa besar yang akan mencampakkan seseorang Muslim itu ke dalam api neraka. Dalam peruntukan undang-undang negara pula – mana-mana pusat hiburan yang tidak mempunyai lesen atau melanggar syarat pusat hiburan boleh dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992.

6. Dengan mengimbas kembali kepada apa yang telah berlaku sebelum ini, bermula dari isu arak yang sudah boleh dijual di kedai-kedai biasa seperti di 7 Eleven, kemudian pelacuran yang bukan hanya melibatkan kaum wanita tetapi tidak kurang hebat menularkan seks di kalangan LGBT seperti Iki Putra yang terlepas daripada hukuman dan kenyataan tokoh hak asasi manusia versi Barat seperti menggalakkan pelacuran, dan terbaru isu judi yang disiar melalui Youtube oleh rakyat Malaysia. Semua ini dilihat seolah-olah ada Tangan Tersembunyi yang melindungi kegiatan maksiat mereka ini?

7. Adakah ini semua adalah konspirasi pihak tertentu yang mendapat perlindungan daripada kartel-kartel tertentu dalam kerajaan sebagaimana baru-baru ini Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay juga suatu ketika pernah diugut oleh kartel-kartel yang mungkin didalangi oleh politikus tertentu apabila mahu menegakkan keadilan dalam negara dan integriti PDRM. Demi keadilan beliau teguh menjalankan tugas mengikut slogan; bersih, cekap dan amanah sehingga anggota PDRM juga tidak terkecuali daripada ditangkap.

8. Realiti hari ini, majoriti politikus itu terdiri daripada mereka yang tidak lagi jujur dan tidak juga amanah, malahan kumpulan politikus ini juga termasuk dalam carta golongan tertinggi yang terlibat dengan salah guna kuasa. Rasuah bagaikan tidak dapat dipisahkan daripada mereka, baik yang di peringkat bawahan daripada kumpulan macai sehinggalah kepada pemimpin utamanya, akan ada nama-nama mereka tercatat dalam rekod buku jenayah PDRM.

9. Rakyat sudah boleh lihat dengan jelas betapa kalutnya golongan politikus ini apabila monopoli semua tender kerajaan dikuasai oleh seorang individu yang bernilai berbillion ringgit sedangkan rakyat menderita kemiskinan. Khabarnya ada kaitan dengan kartel daripada kalangan tokoh politik yang turut bersama bersubahat dalam skandal mengaut kekayaan negara.

10. Muafakat yang merupakan kumpulan NGOi berpendirian mengikut aliran arus perdana dalam akidah, memprotes dengan sekeras-kerasnya terhadap ketiga-tiga bala besar yang sedang menimpa negara hari ini; judi, arak dan pelacuran, agar bencana ini dapat diambil tindakan pencegahan tegas sekalipun jika terpaksa menghukum pesalah dengan hukuman yang keras, jika itu pilihan terbaik bagi menyekat segera menularan penyakit jiwa yang melanda umat Melayu-Islam hari ini.

Dikirim oleh Haji Rashidi Haris, Ketua Aktivis Pertubuhan MUAFAKAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: