Kempen BMF: Jangan hanya marahkan nyamuk, kelambu dibakar terus!

BARU-BARU ini kecoh dengan isu pengasas Malakat Mall, Fadzil Hashim (Coach Fadzil) yang dikatakan berurusan dengan syarikat Cina Bukan Islam yang akhirnya menjadi polemik.

Situasi ini telah menyediakan peluang terbaik untuk mereka yang mahu menjatuhkan imej perjuangan ekonomi Islam di bawah jenama #KempenBMF dengan menimbulkan pelbagai spekulasi dan cerita.

Lebih parah lagi, dikatakan ada ‘orang dalam’ yang menyemarakkan lagi polemik hanya kerana isu peribadi tetapi sanggup mengheret keseluruhan jenama #KempenBMF.

Ramai yang terpengaruh dengan propaganda dan serangan bertubi arus yang serba dikoordinasi (coordinated), sehingga mahu meruntuhkan terus keseluruhan perjuangan ekonomi Islam yang dibawa oleh NGO-NGO Islam dan umat Islam itu.

Pelbagai label dipalitkan ke atas jenama kempen ini sehingga ramai yang terlupa isu sebenar dan yang lebih parah lagi tidak tahu pun asas pangkal cerita. Inilah yang dimaksudkan dari kata pepatah “Marahkan nyamuk, kelambu dibakar”.

Atau analogi lainnya ialah apabila pintu rumah kita rosak, kita robohkan seluruh kampung. Yang tak ada kaitan pun kena sekali. Akhirnya semua merempat tiada tempat tinggal kerana sebenarnya tidak mampu pun bina rumah baru, apatahlagi membina seluruh kampung.

Berbalik kepada cerita asal, Coach Fadzil sudah memberikan penerangan terperinci mengenai isu ini dan menepis serangan-serangan fitnah susulan.

Memang ada segelintir bahagian dalam ekonomi memang kita lompong dan terpaksa membeli melalui bukan Islam. Sebab itulah kempen ini ialah Kempen UTAMAKAN produk Muslim atau Buy Muslim FIRST. Dengan syarat, berniat dan berusaha untuk mengubah kebergantungan ini kepada kemampuan sendiri.

Orang yang benar-benar memahami dan menghayati ruh dan konsep kempen ini pasti akan memahaminya dengan mudah.

Ingat, jangan hanya kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar!

Dikirim oleh Sdr Muhammad Ayub yang merupakan pembaca Portal Berita Melayukini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: