Categories
Pendidikan

‘Rakyat sudah mula bangkit tolak sistem sekolah vernakular’

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya berkata kebangkitan penduduk Bandar Kinrara yang membantah pembinaan sekolah vernakular baharu di situ adalah tanda kebangkitan rakyat.

“Lihatlah bagaimana sekolah vernakular Cina dibina oleh kerajaan dengan begitu banyak seolah-olah itu adalah keperluan masyarakat setempat, walhal di kawasan tersebut majoriti penduduknya adalah Melayu”, katanya.

“Ini seolah-olah memaksa masyarakat setempat menghantar anak-anak mereka belajar ke sekolah vernakular”, katanya lagi.

Aminuddin juga mempersoalkan kemungkinan muslihat di sebalik langkah ini memandangkan naratif peratusan bukan Melayu yang meningkat di SJKC.

“Apabila ramai Melayu yang mendaftar di sekolah tersebut, mulalah ahli-ahli politik pejuang vernakular bertempik “orang Melayu ramai pergi sekolah vernakular” untuk mengabsahkan lagi kedudukan pendidikan vernakular secara keseluruhan”

Beliau juga mempersoal mengapa tidak boleh dibina sahaja sekolah kebangsaan, dan bukan sekolah vernakular di kawasan tersebut dan di mana-mana kawasan lain.

Tindakan membisu Menteri Pendidikan terhadap isu pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Too Joon Hing di Bandar Kinrara itu menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s