Categories
Pendidikan

Ultra kiasu akan cari seribu satu alasan demi pertahan sekolah vernakular

Lapan belas peratus (ada kata 16 peratus) bukan Cina di SJKC dijadikan hujah utama bermakna sekolah ini sudah menjadi sekolah arus perdana, diterima semua kaum? Kamu belajar daripada mana?

Kolej Universiti New Era (Koleh New Era) di Kajang, hampir seratus peratus Cina, begitu juga dengan KUTAR dan UTAR, bermakna tidak arus perdana? Kenapa kamu tidak jadikan hujah bahawa institusi Pendidikan ini tidak berada dalam arus perdana? Kiasu betul.

Kalau pun tidak ada seorang pun bukan Cina di SJKC, kamu tetap akan pertahankan SJKC bukan? Kerana itulah wajah ultra kiasu yang sebenar

Inilah sifat ultra kiasu yang selalu saya perkatakan. Mereka akan cari seribu macam alasan bagi menjustifikasikan kewujudan SJKC ini

Kita bercakap pembinaan negara bangsa, dia bercakap soal angka.

Kita bercakap soal perpaduan, dia akan bercakap, perkauman wujud disebabkan oleh orang politik yang memainkan sentimen perkauman.

Dalam kata lain, SJKC tidak ada sedikit pun cacat celanya. SJKC memang sesuai dan menjadi pilihan ramai. Kerajaan cuba campurtangan untuk perbaiki SJKC, seperti menambahkan masa subjek BM, agar murid boleh menguasai BM, supaya mudah untuk bergaul, tetapi ditentang hebat ultra kiasu.

Malah, dikenakan syarat lagi kepada kerajaan, supaya ikut kehendak mereka, seperti guru BM, BI dalam kalangan bukan Cina di SJKC mesti mendapat kredit dalam bahasa Cina ketika SPM. Subjek Sejarah di SJKC, asalnya dalam BM, tetapi ditentang hebat ultra kiasu, akhirnya subjek sejarah diajarkan dalam bahasa Cina.

Bayangkan sejarah diajarkan dalam bahasa Cina. Bagaimana agaknya bila guru Cina mengajar sejarah, nak menceritakan sejarah komunis negara ini. Ultra kiasu ini juga yang mengiktiraf MPAJA dengan membina tugu peringatan, yang dipuja-puja dan disembah di Taman Peringatan Nilai.

Cuba jawab soalan saya ini

Berapa ramai pelajar CIna yang mendapat cemerlang dalam BM?

Berapa ramai pula yang gagal BM

Berapa ramai yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam BM

Berapa ramai pula yang tidak boleh langsung bertutur

Cuba adakan pertandingan pengucapan awam (public speaking) seperti syarahan, debat, forum dan sebagainya antara SK dan SJKC. Berapa ramai yang boleh berucap dengan baik atau setakat bulung-bulung telebang di angkaser…

Cuba ambil pelajar Cina SJKC dan pelajar Cina di SK, biarkan mereka berinteraksi dengan orang Melayu, kita tengok siapa lebih mesra dan mudah masuk dalam persekitaran tersebut.

Tahu atau tidak kenapa SJKC ramai Melayu, sebab sebahagian daripadanya ber’bin’kan atau ber’binti’kan Abdullah, anak luar nikah. Mereka malu hantar ke SK. Jadi SJKC jadi pilihan. Cuba buat kajian tengok

Satu lagi setelah diingatkan, kenapa 5 Sekolah Wawasan yang dibina zaman Tun M menempatkan semua aliran SK. SJKC (T) di bawah satu bumbung gagal? Jawapannya, kerana kamu tentang sebab bila bercampur dengan Melayu akan hilang kecinaannya. Kamu mahu persekitaran cina sepenuhnya

Timbul persoalan SJKC baharu yang akan dibina di bandar Kinrara, kawasan majoriti Melayu. Sekolah Kebagsaan pun tak cukup, tiba-tiba SJKC mahu didirikan di sana. Penduduk sekitar bantah, timbalan menteri ultra kiasu mempertahankannya.

Cuba dengar baik-baik timbalan menteri ultra kiasu ini berbahasa Melayu. Boleh diterima atau tidak? Layak atau tidak, dia dilantik menjawat jawatan tersebut?

FB dia sendiri mengutamakan bahasa Cina. Parti dia sendiri mengutamakan bahasa Cina. Dalam AGM dan apa juga maklumat parti, semuanya bahasa Cina diutamakan. Bahasa Melayu entah ke mana. Adakah semua ini diterima arus perdana?

Sebab itu saya katakan parti ini lebih bahaya daripada DAP itu sendiri.

Justeru, jika parti ultra kiasu ini bertanding dalam PRU15, pastikan ia tersungkur. Jangan benarkan ultra kiasu ini berada dalam kabinet

Satu lagi, cuba tengok Cina bertemu Cina, pernahkah mereka menggunakan BM? Tidak bukan? Kalau ada tanda kiamat? Kerana apa? Kerana SJKC diterima arus perdana? Hebat kamu ultra kiasu.

Ditulis oleh Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah yang merupakan penganalisis politik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s