Categories
Kesihatan Kolumnis Negara

Apakah isu vaksin Sinopharm disensasikan untuk tutup kelemahan Pfizer, Astrazeneca?

Suntikan 2000 vaksin Sinopharm hasil kajian klinikal di China yang digunakan di UAE pada hakikatnya tiada beza dengan kemasukan vaksin pfitzer dan Astrazeneca yang dibawa masuk secara komersial. Setakat yang diketahui vaksin Pfizer dan Astrazeneca hanya didaftarkan bagi kegunaan di Malaysia tanpa ujian klinikal.

Jika sekiranya 2000 vaksin Sinopharm yang dibawa masuk itu merupakan milik Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan dalam pengetahuan Kementerian Kesihatan Malaysia, serta tidak mustahil dengan persetujuan Ketua Pengarah Kesihatan, tohmahan vaksin Sinopharm sebagai “illegal” merupakan tuduhan yang tidak wajar, dan jika tiada proses pendaftaran di bawah Undang-undang dibuat, itu menunjukkan kecuaian pihak berkuasa berkenaan.

Akhbar melaporkan pada 24 Disember 2020 tawaran 500,000 vaksin Sinopharm oleh Kerajaan UAE hasil lawatan YDPA tahun lepas. Baki 498,000 vaksin yang ditawarkan oleh Kerajaan UAE menimbulkan tanda tanya. Kenapakah Kerajaan tidak manfaatkan untuk rakyat kerana vaksin Pfizer dan Astrazeneca dibolot oleh kuasa besar.

Apakah wajar Istana dicemuh dengan pelbagai celaan yang kurang adab kononnya tidak cakna kepada rakyat, sedangkan YDPA berjaya mendapatkan tawaran bekalan vaksin secara percuma keseluruhannya 500,000 untuk Malaysia. Tiada pihak yang akan mengaut keuntungan dalam pembekalan 500,000 vaksin Sinopharm kerana sifatnya “Government to Government”.

Kenapakah kerajaan mengambil pendekatan pembekalan vaksin daripada pihak swasta, sedangkan ada pilihan untuk mendapatkan dengan kos yang lebih murah dari China, masih belum terjawab. Isu kesan buruk daripada suntikan sama ada Pfizer atau Astrazeneca yang kedengaran akhir-akhir ini turut mula membimbangkan.

Isu yang menarik untuk dibahaskan juga, siapakah yang membocorkan sebahagian maklumat serta menyembunyikan sebahagian lagi hinggakan niat baik Istana dipandang serong, malah Raja Permaisuri Agong dicerca dengan nista. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini perlu disiasat dan dikenakan tindakan tegas tanpa pilih bulu.

Lebih mengejutkan, ada perkhabaran doktor pakar yang memberikan perkhidmatan untuk menyuntik vaksin yang dihadiahkan oleh Istana turut dimalukan. Dikhabarkan ada serbuan dibuat di premis pejabat doktor tersebut. Siapakah yang begitu berani cuba merampas atau membenarkan arahan vaksin milik YDPA dirampas?

Tidak masuk akal jika vaksin yang diambil oleh Istana ialah suatu yang “illegal” kerana YDPA boleh melantik dan memberi kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 kepada mereka yang layak untuk melaksanakan kuasa pegawai kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Pada hakikatnya, tiada isu yang wajar disensasi daripada suntikan vaksin Sinopharm yang diberikan percuma atas kurniaan Istana. Sebaliknya mereka yang mengakibatkan nama baik Istana tercemar perlu diadili dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Haji Rashidi Haris
Ketua Aktivis Pertubuhan MUAFAKAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s