Dong Zong pertikai silibus Sejarah ‘terlalu’ Melayu dan Islam

BANGI – Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) dengan tidak semena-mena menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyemak semula kandungan buku teks mata pelajaran Sejarah sekolah menengah.

Pertubuhan radikal itu dalam satu kenyataan pada 21 April lalu berkata, baru-baru ini tercetus kontroversi berkenaan kandungan buku teks Sejarah sekolah menengah, setelah seorang pakar sejarah mendakwa ianya terlalu berpusat kepada Melayu dan Islam.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah yang tidak dinamakan itu mendakwa buku teks berkenaan kurang memperkenalkan sejarah dan budaya kaum lain, tidak menggambarkan keadaan sebenar serta tidak tepat.  

“Realitinya, sudah sekian lama buku teks Sejarah KPM sekolah rendah dan sekolah menengah bersifat eksklusif, kandungan fakta sejarahnya tidak seimbang dan tafsirannya tidak tepat, selain tidak memberi gambaran penuh seperti situasi negara yang terdiri dari masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Ini menyebabkan buku teks Sejarah tidak memberi gambaran sebenar sejarah rakyat di negara ini, pelajar tidak dapat benar-benar memahami sejarah negara, hatta ada yang mengelirukan, menyebabkan pelajar dari kaum lain dan pelajar dari etnik Sabah dan Sarawak berasa tersisih dan terpinggir,” dakwa Dong Jiao Zong.

Katanya lagi, perkara ini adalah masalah berat yang perlu diperbetulkan dan diatasi oleh kerajaan.

“Pada bulan Februari tahun ini kerajaan telah mengumumkan ‘blue print’ dasar perpaduan negara, antaranya ialah perpaduan melalui pendidikan sejarah. 

“Oleh itu, Dong Jiao Zong menggesa kerajaan melaksanakan apa yang telah disuarakan, tubuhkan sebuah jawatankuasa terdiri dari cendikiawan setiap etnik dan para pendidik bagi merangka strategi untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang terdapat dalam buku teks mata pelajaran Sejarah,” katanya.

Antara gesaannya yang lain adalah menyemak semula Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran Sejarah sekolah rendah dan sekolah menengah, selain menubuhkan jawatankuasa penulis buku teks Sejarah dengan keahlian dari pelbagai kaum termasuklah cendekiawan dan para pendidik Sabah dan Sarawak.

“Kami berpendapat, kerajaan patut segera menyatakan pendirian mereka setiap kali berlakunya kejadian yang melibatkan perilaku ekstremisme agama dan kaum yang memecah-belah perpaduan rakyat.

“… selain bertindak untuk menghentikannya, dan bukannya berdiam diri, membiarkan masalah tersebut melarat,” katanya lagi.

Kredit berita: Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net)

One thought on “Dong Zong pertikai silibus Sejarah ‘terlalu’ Melayu dan Islam

  1. Mari belajar pantun melayu lama.

    Kajang pak malau kajang berlipat,
    Kajang dong zong tak reti malu,
    Dagang melayu memang bertempat, Dagang dong zong boleh blah la lu…

    Like

Leave a Reply to Beylie Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: