Categories
Pendidikan

‘Tukar status SJKC Too Joon Hing kepada SK, tidak mustahil’

BANGI – Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) segera bertindak dalam isu kontroversi membabitkan pembinaan SJKC Too Joon Hing dan menukarkan statusnya kepada sekolah kebangsaan (SK).

Presiden PPPPPM, Datuk Abdul Raof Hussin berkata, penambahan sebuah lagi SJKC di kawasan Bandar Kinrara dianggap sangat tidak munasabah, apatah lagi penduduk majoritinya adalah orang Melayu.

Jelas beliau, mengikut dasar KPM, untuk setiap kawasan perumahan atau taman baharu di kawasan yang penduduknya melebihi 2,500 hingga 3,000, pemaju diwajibkan memperuntukkan dua tapak ataupun sekurang-kurangnya satu tapak untuk dibina sekolah kebangsaan.

Tetapi, pemaju tidak diwajibkan untuk membina atau mengkhaskan tapak untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, katanya.

“Bererti apabila terbinanya kawasan baharu, KPM mesti membina sekolah SK. Sebab itu diwajibkan dua tapak untuk pembinaan SK, atau sekurang-kurangnya satu.

“Selain kawasan baharu, kawasan yang padat dengan penduduk contoh Bandar Kinrara, memang amat memerlukan SK. 

“Tetapi di sana kita difahamkan SK ada tiga sahaja, sedangkan dalam radius 5km sudah ada lima SJKC. Mana logiknya? Di mana nilai tanggungjawab KPM?,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, dasar yang telah ditetapkan KPM sejak dahulu lagi itu adalah satu peraturan yang tidak boleh ditolak ansur sama sekali. 

“Seeloknya, kita sasar satu kelas 25 orang, paling tinggi 35. Kalau ikut kenyataan ibu bapa, ada SK di kawasan Bandar Kinrara darjah satu sehingga 17 kelas. Andainya betul, ini dah sampai tahap gila. Ada ke satu darjah sampai 17 kelas?

“Bayangkan bagaimana sekolah itu jika murid-murid naik ke darjah 2. Berapa kelas lagi nak ada? Tak logik akal, perkara ini tak sepatutnya berlaku,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Abdul Raof mendesak Perdana Menteri dan KPM supaya menukarkan status SJKC Too Joon Hing ini kepada sekolah kebangsaan.

“Kalau beri alasan dah diluluskan dan ada mengikut spesifikasi sekian-sekian, masih boleh kita ubah suai, tapi bukan meneruskan pembinaan SJKC.

“Ambil balik jadi SK, dan seterusnya boleh menjadikan sekolah ini, sebagai sekolah contoh. Sekolah di mana boleh memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin sebagai satu subjek tambahan. Boleh diajar dalam waktu sekolah. 

“Sebagai contoh, sekolah wawasan pertama, Kompleks Sekolah Telok Se­ngat (KSTS), Kota Tinggi, Johor yang telah dilancarkan pada 16 Jun 1997.

“Saya cadangkan, tak apa, ubah status SJKC Too Joon Hing itu. Tak rugi. Kita pun nak galakkan murid Cina masuk SK,” katanya.

Sebelum ini, penduduk Bandar Kinrara berhimpun membantah sekeras-kerasnya pembinaan SJKC yang kelima dalam kawasan majoriti Melayu. 

Bagaimanapun, bantahan itu mendapat tentangan apabila Gabungan Badan Bertindak Seni Khat (Sekat) dan Majlis Bahasa Cina Malaysia membuat laporan polis berhubung himpunan berkenaan.

Kredit berita: Portal Islam dan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s