Categories
Negara Politik

‘Anwar Ibrahim tidak layak bercakap hal kebebasan bersuara’

Kenyataan rasmi Ketua Pembangkang mempertahankan individu berkaitan penghinaan ke atas Institusi Raja-Raja Melayu hanya demi kebebasan bersuara, ianya hanya retorik semata-mata.

Jika benar Anwar memperjuangkan kebebasan bersuara, mengapa beliau sebelum ini menggesa Mahkamah mengenakan tuduhan menghina mahkamah ke atas seorang blogger dan ‘web master’ sesawang rasmi Perkasa hanya kerana blogger tersebut menulis satu artikel meluahkan rasa kecewa keputusan Hakim yang memberikan kemenangan kepada Anwar menyaman Utusan?

Tindakan Anwar itu juga mengaitkan Dato Ibrahim Ali sekali selaku Presiden Perkasa yang langsung tidak tahu menahu berkaitan artikel tersebut. Tindakan Anwar itu membuatkan blogger tersebut dipenjara 30 hari dan Dato Ibrahim penjara sehari dan denda RM20k (Dato Ibrahim kemudian berjaya ketepikan hukuman tersebut di Mahkamah Rayuan)

Anwar menganggap tulisan blogger tersebut menghina hakim sedangkan individu yang menghina Institusi Raja-Raja Melayu beliau hendak bela pula.

Jelas sekali suara Anwar senada suara pemimpin-pemimpin DAP yang lebih awal membuatkan kenyataan mengecam pihak berkuasa menahan individu tersebut.

Sepatutnya Anwar membela dan pertahankan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dari diserang  pihak-pihak yang anti dengan sistem Beraja.

Jelas sekali, Anwar bukanlah pemimpin harapan Raja-Raja Melayu untuk menjadi ketua Negara yang boleh menjaga Institusi Raja-Raja Melayu bila beliau berkuasa. Sewajarnya orang Melayu menjauhi parti-parti politik yang tidak menjaga Kepentingan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Jika Anwar rasa kenyataan saya ini adalah satu fitnah untuk menjatuhkan karier politik beliau kerana mendakwa beliau tidak boleh diharapkan menjaga Institusi Raja-Raja Melayu bila berkuasa, silakan saman saya dan itu akan membuktikan dengan tepat beliau seorang pemimpin hipokrit dalam perjuangkan kebebasan bersuara.

Sekian.

Syed Hassan Syed Ali
Setiausaha Agung Pertubuhan PERKASA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s