Categories
Pendidikan

Isu sejarah Tanah Melayu: Dong Zong ditempelak pakar sejarah kerana terlalu perkauman’

BANGI – Tindakan Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) mempertikaikan isu kandungan buku teks mata pelajaran Sejarah sekolah menengah jelas membuktikan pertubuhan itu tidak mahu menerima sejarah Malaysia.

Bahkan, tindakan pertubukan radikal itu menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyemak semula kandungan buku teks tersebut seolah-olah menunjukkan mereka mempunyai agenda merosakkan perpaduan kaum.

Mengulas perkara itu, pakar Sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, pertubuhan pendidikan Cina tersebut tidak habis-habis menimbulkan isu perkauman sejak dahulu lagi walaupun sudah beberapa kali diterangkan.

“Kita tidak mahu bangkit tapi Dong Zong ada satu sikap yang sangat buruk. Mereka suka bangkit-bangkitkan.

“Beberapa kali kementerian atau kita terangkan tapi tak nak terima. Mereka sebenarnya nak jadikan ini agenda politik,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau menepis dakwaan bahawa buku teks mata pelajaran Sejarah sekolah menengah terlalu berpusat kepada Melayu dan Islam.

“Mana ada ‘Malay bias’, kita cakap juga hal orang lain dalam sejarah kita terutama dalam kurun ke-19 dan ke-20.

“Sejarah kita tidak pernah mengabaikan peranan imigran dalam sejarah ekonomi, politik dan akhirnya menjadi rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Dong Jiao Zong dipetik sebagai berkata, realitinya, sudah sekian lama buku teks Sejarah KPM sekolah rendah dan sekolah menengah bersifat eksklusif, kandungan fakta sejarahnya tidak seimbang dan tafsirannya tidak tepat, selain tidak memberi gambaran penuh seperti situasi negara yang terdiri dari masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Dakwanya, ini menyebabkan buku teks Sejarah tidak memberi gambaran sebenar sejarah rakyat di negara ini, pelajar tidak dapat benar-benar memahami sejarah negara, hatta ada yang mengelirukan, menyebabkan pelajar dari kaum lain dan pelajar dari etnik Sabah dan Sarawak berasa tersisih dan terpinggir.

Katanya lagi, perkara ini adalah masalah berat yang perlu diperbetulkan dan diatasi oleh kerajaan.

Kredit berita: Portal Islam dan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s