Categories
Islam Negara

Video ‘rebus katak’ tulen, konon luar konteks: maka apa konteks sebenarnya?

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj Aminuddin Yahaya mempersoalkan apa konteks sebenar video ‘rebus umat Islam seperti katak’ selepas video tersebut dikatakan dimuatnaik di luar konteks oleh Persatuan Penguam Katolik.

“Kalau mereka mengatakan rakaman itu diambil di luar konteks, maka apakah konteks sebenarnya?”, katanya.

Menurut Aminuddin lagi, beliau dapat lagi memikirkan bagaimana lagi mahu mentafsir ucapan tersebut dari sisi positif.

“Kita mahu tahu juga apa ‘perancangan 25 tahun’ yang sebenar dari ucapan yang kononnya mengikut konteks itu”, katanya lagi.

Video rakaman ucapan Ketua Biskop Kuala Lumpur, Julian Leow baru-baru ini tular yang memaparkan ucapan beliau tentang perancangan 25 tahun pihak mereka yang dikarakan bagi merebus umat Islam seperti merebus katak.

Video asal yang dimuatnaik telah disekat dan dipadam di Facebook tetapi ramai netizen dan blogger tetap memuatnaik sekaligus menularkan video tersebut.

Sehingga hari ini, tiada kenyataan penafian dan laporan polis dibuat oleh pihak Archbishop Julian Leow mahupun pihak gereja Katolik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s