Categories
Islam Negara Undang-Undang

Isu “rebus umat Islam seperti rebus katak”, PEMBELA kemuka 6 laporan polis

KAJANG – Gabungan NGO-NGO Islam, iaitu Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) telah membuat 6 laporan polis terhadap Ketua Biskop Katolik, Julian Leow berikutan video ucapannya yang tular.

“Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan hujan, kami dari NGO-NGO Islam telah tampil membuat laporan polis di IPD Kajang malam ini”, dipetik dari laman Facebook PEMBELA.

Menurut laman tersebut, wakil dari pihak PEMBELA pada malam ini diketuai oleh Naib Pengerusi, Ustaz Masridzi Sat di mana sebanyak 6 laporan polis dibuat.

“Ini baru langkah permulaan, kerana kita jangka lebih banyak dan ramai lagi sahabat-sahabat NGO lain membuat laporan polis di tempat masing-masing dalam isu ucapan Ketua Biskop Katolik Kuala Lumpur, Julian Leow “merebus umat Islam seperti merebus katak” ini”, dalam catatan yang sama.

Mereka juga menyeru agar pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri dapat segera bertindak menyiasat dan membongkar agenda mereka ini kerana bimbang perkara-perkara buruk yang akan berlaku pada masa hadapan pada agama, bangsa dan tanah air.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s