Categories
Islam Politik

Jangan kerana politik, mufti dimaki sekali

Terpulang kepada orang ramai mahu beranggap apa sekalipun tetapi saya juga mengatakan haram hukumnya melanggar larangan merentas negeri untuk pulang ke kampung hanya kerana hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri, sama seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. Pandangan ini dikongsi bersama dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah, tetapi malangnya beliau dicerca dan dimaki hamun oleh netizen yang tidak memahami peranan beliau sebagai seorang Mufti.

2. Sandaran asas kepada larangan rentas negeri ini merujuk kepada hadith Nabi SAW mengenai wabak penyakit ta’un, iaitu hadith “bahawa Amir mendengar bapanya (Sa’ad bin Abi Waqqash) bertanya kepada Usamah bin Zaid, katanya: “Apa yang engkau dengar dari Rasulullah SAW tentang penyakit ta’un?” Jawab Usamah, “Rasulullah SAW bersabda: Ta’un (wabak) adalah semacam azab (siksaan) yang diturunkan Allah kepada Bani Israil atau kepada umat yang sebelum kamu. Maka apabila kamu, mendengar penyakit ta’un berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu datang ke negeri itu. Dan apabila penyakit itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, janganlah kamu keluar dari negeri itu untuk melarikan diri daripadanya.” (Hadith sahih Muslim no.2074)

3. Hadith ini tanpa perlu huraian panjang amat jelas Rasulullah SAW berpesan supaya umat manusia hendaklah sedaya mampunya mengelakkan dirinya ke sesuatu tempat jika mendengar khabar mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit khususnya dalam bab ini ialah wabak ta’un manakala hari ini kita berdepan dengan pandemik wabak Covid19 yang sedang melanda negara, dan lanjutan hadith itu juga menyebut agar mereka yang sudah sedia berada di sesuatu tempat wabak itu, tidak boleh keluar daripada kawasan di mana wabak itu sedang menular.

4. Sekarang angka jangkitan wabak Covid19 semakin tinggi, dan semalam sahaja diumumkan telah mencecah 3,332 orang dan diumumkan secara live dan rakaman yang disiarkan dalam siaran TV di semua dalam negeri dan disusuli dengan kenyataan media oleh berita media mengatakan Mufti Wilayah memfatwakan rentas sempadan hukumnya HARAM. Dan jika dibenarkan orang ramai merentas negeri, sudah tentu jangkitan ini akan merebak luas. Jadi sampai bila rantaian jangkitan ini akan berhenti melainkan tindakan tegas diambil bagi menghalanginya. Sebagai rakyat ia perlu diikuti. Jika tidak risiko (disebabkan jangkitan) adalah tinggi. Mungkin kita (dijangkiti) atau menjangkiti orang lain di sana.

5. Sekarang ini banyak negeri yang kekal atau berubah dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun larangan haram ini tidak pula sampai haram secara total tetapi ada pertimbangan munasabah dari pihak kerajaan kepada kes-kes tertentu yang penting maka boleh sahaja seseorang itu merentas negeri. Larangan mutlak apabila membenarkannya untuk keperluan sosial, perjumpaan-perjumpan atau kunjungan-kunjangan tidak penting yang jika dibenarkan akan membawa risiko tinggi seorang itu dijangkiti hingga boleh membawa kepada kehilangan nyawa.

6. Kesimpulannya, demi menjaga keselamatan rakyat maka kita perlu akur jika ada arahan tidak dibenarkan perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri ironinya berbetulan dengan kedatangan berhari raya. Fatwa haram yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah bukanlah bermotif politik jauh sekali terlibat dalam konspirasi ahli politik, tetapi amat jelas demi menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat dengan setiap dari kita dan keluarga hendaklah mematuhi SOP kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung, dan amalan kebersihan kendiri.

7. Kami di NGO mengatakan kerajaan betul dan fatwa Mufti tepat dalam hal ini dengan mempertimbangkan kebenaran rentas negeri boleh dibenarkan sekiranya enam petunjuk asas mencatatkan rekod positif, iaitu situasi kes harian, kes discaj, trend kadar harian, kadar kematian, keupayaan katil pihak swasta serta awam dan situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti. Semua ini sebagai bukti penularan wabak Covid19 masih lagi berada di tahap membimbangkan menjadi asas kepada perlunya akur arahan ulil amri. Bukan memaki hamun hanya kerana tidak dapat balik beraya di kampung.

8. Agama amat menekankan aspek menjaga nyawa dan ia diletakkan sebagai suatu kewajipan, terutamanya apabila ia boleh membawa kepada kemudaratan, kewajipan itu perlulah dipatuhi oleh semua orang termasuklah dari kalangan pimpinan menteri. Pihak berkuasa juga perlu bersikap jujur, telus dan mengakui kekurangan atau kesalahan serta tidak menutup sebarang kesalahan daripada kumpulan tertentu. Hukuman setimpal wajar dikenakan tanpa mengira latar belakang jika ada yang ingkar. Jangan pula haram untuk rakyat marhaen tetapi tidak pula untuk warga kayangan.

Dikirim oleh Haji Rashidi bin Haris yang merupakan Ketua Aktivis Pertubuhan MUAFAKAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s