Categories
Negara

Buku cerita hubungan sejenis dijual di kedai buku Malaysia tular

KUALA LUMPUR – Buku cerita kanak-kanak berjudul “Heartstopper” yang didakwa membawa mesej dan promosi seks sejenis didedahkan dijual di kedai-kedai buku utama di Malaysia.

Mendedahkan perkara ini, Prof Madya Dr. Rafidah Hanim melalui laman Facebook rasminya menjelaskan, beliau mendapat makluman tentang penjualan buku tersebut.

“Saya dimaklumkan telah ada buku berunsur LGBT versi remaja di beberapa kedai buku di Malaysia. Saya mohon ibubapa cakna”, katanya.

“Komik untuk 9-12 tahun di temui di MPH Bangsar Village dan turut ada di Kinokuniya”, katanya lagi.

Beliau berkata, kandungan penerbitan buku tersebut cuba mempromosikan budaya homoseksual di Malaysia adalah melanggar sensitiviti agama dan budaya di negara ini.

Prof. Dr. Rafidah juga menyeru agar pihak perpustakaan sekolah juga berwaspada mengenai kewujudan buku seumpama itu.

Menurut beliau lagi, mengwar-warkan perkara ini adalah perlu untuk tindakan bersama.

“Dalam hal ini, tidak timbul soal publisiti kerana bahannya telah ada di pasaran dan kita bertanggungjawab untuk memberi tekanan dan kesedaran kepada ibubapa agar berhati-hati juga pihak sekolah”, katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s