Categories
Negara Pendidikan

Gabungan feminis, LGBT anjur kempen ponteng sekolah protes ‘gangguan seksual’

PETALING JAYA – Gabungan aktivis dikenali sebagai NSWD Alliance meminta pelajar dan guru membantah budaya rogol dan gangguan seksual dengan tidak hadir ke sekolah selama sehari.

Permintaan itu adalah sebagai sebahagian daripada kempen #MakeSchoolASaferPlace.

“Sebagai bantahan melalui satu peristiwa terbaharu #MakeSchoolASaferPlace, kami menganjurkan #NationalSchoolWalkoutDay (NSWD) untuk menuntut perubahan di sekolah,” katanya seperti dilaporkan oleh The Star, semalam.

Katanya, ketidakhadiran ke sekolah yang ditetapkan pada 6 atau 7 Mei adalah bagi menuntut pembaharuan, mencabar norma, meningkatkan advokasi, melindungi serta menyokong mangsa gangguan seksual di sekolah.

Beberapa tuntutan turut dinyatakan termasuk memperkenalkan perubahan institusi seperti kerangka laporan dan respons, selain latihan yang tepat untuk kakitangan akademik bagi menangani situasi terbabit dengan berhati-hati.
NSWD Alliance adalah gabungan aktivis terdiri antaranya Solidariti Pendidikan, Monsters Among Us, Demokrat Kebangsaan dan Rape Watchdog.

“Laporan terbaharu berkaitan jenaka rogol, gangguan seksual dan pemeriksaan yang dilakukan oleh guru dan warden telah mendedahkan kegagalan sistemik – manakala ibu bapa dan pelajar pula mencari keadilan.

“Kes rogol dan gangguan seksual di sekolah sering tidak dilaporkan untuk melindungi reputasi sekolah dan pelaku, dan statistik awam semasa adalah terhad secara terperinci.

“Oleh itu, aduan pelajar berkaitan budaya rogol, kesalahan seksual, pelanggaran hal privasi dan keselamatan di sekolah mereka adalah penting dan suara-suara ini perlu dipertimbangkan secara serius untuk menggerakkan reformasi di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Ain Husniza Saiful Nizam menerusi video di aplikasi TikTok berkata, seorang guru lelaki membuat jenaka berkenaan rogol ketika kelas pendidikan jasmani dan kesihatan.

Beliau berkata, guru terbabit antara lain memberitahu pelajar lelaki bahawa jika mereka ingin merogol, mereka patut menyasarkan orang berusia 18 tahun.

Video tersebut tular dan mencetuskan kemarahan di media sosial.

Walaupun tidak menyangka videonya akan tular, Ain sedia untuk terus memperjuangkan #MakeSchoolASaferPlace, tanda pagar yang dimulakannya dan kini sudah digunakan dalam lebih 114,000 ciapan.

Dengan tanda pagar itu, ramai yang turut berkongsi pengalaman mereka di sekolah, manakala yang lain menyuarakan sokongan.

Kredit berita: Portal Islam dan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s