Categories
Negara

Budi bicara Yang Di-Pertuan Agong melalui rundingan Majlis Raja-Raja menjamin kebebasan Suruhanjaya di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan pelantikan jawatan utama seperti Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia oleh Parlimen merupakan suatu langkah kebelakang yang mengakibatkan sistem tiga cabang utama kuasa yang dipopularkan sebagai doktrin pemisahan kuasa tercabar.

Di bawah kuasa YDPA dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan terdapat tiga cabang utama yang melaksanakan fungsi kuasa Baginda, iaitu badan-badan legislatif, eksekutif dan kehakiman. Setiap cabang tersebut mempunyai bidang kuasa seperti termaktub dalam Perlembagaan yang mendokong sistem politik berpersekutuan.

Menyerahkan pelantikan pegawai utama di atas akan melebarkan fungsi Parlimen yang sepatutnya memfokuskan aktiviti perbahasan dan penggubalan undang-undang serta kelulusan di peringkat dasar. Selain itu pendekatan sedemikian akhirnya tidak akan mampu untuk menangani campur tangan politik kepartian kerana pembentukan suatu jemaah menteri juga dipengaruhi oleh komposisi undi di Parlimen.

Sebaliknya, solusi kepada polemik kebebasan Suruhanjaya daripada campurtangan kepartian dapat diuruskan jika pelantikan ahli Suruhanjaya di bawah Perlembagaan tidak tertakluk pada nasihat Perdana Menteri. Justeru pelantikan ahli Suruhanjaya selain penjawat yang dinamakan oleh peruntukan Perlembagaan seeloknya dibuat oleh YDPA menurut budi bicara Baginda atas syor Ketua Setiausaha Negara setelah merundingi Majlis Raja-Raja (MRR), tidak seperti amalan sekarang.

Selanjutnya adalah lebih wajar jawatan utama seperti Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Timbalan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM dibuat oleh YDPA atas syor Suruhanjaya masing-masing setelah berunding dengan MRR, tanpa nasihat Perdana Menteri. Jawatan-jawatan selain itu bolehlah dilantik oleh YDPA menurut budi bicara Baginda atas syor Suruhanjaya, atau secara alternatifnya dengan hanya nasihat Suruhanjaya berkenaan sahaja. Tatacara baharu tersebut dapat menjamin kebebasan Suruhanjaya walaupun pengerusinya dalam kalangan ahli Jemaah Menteri. Mekanisme yang dicadangkan ini tidak mudah kerana memerlukan pindaan Perlembagaan yang tertakluk pada Perkara 159.

Pelantikan seperti disarankan seperti di atas secara tidak langsung dapat mengelakkan pengaruh yang keterlaluan tanpa menafikan penglibatan seorang menteri. Pindaan untuk membenarkan selain menteri sebagai Pengerusi Suruhanjaya pastinya agak radikal namun begitu ia tidak mustahil jika ahli Majlis Parlimen mempunyai “political will” sedemikian, walaupun syarat-syaratnya ketat.

Pada masa kini YDPA masih tertakluk pada nasihat Perdana Menteri yang pastinya sukar untuk sebuah suruhanjaya bertindak benar-benar bebas. Ada baiknya fungsi setiap cabang dipelihara di peringkat tertinggi ini. Dalam pada itu cadangan untuk mengembalikan budi bicara YDPA setelah diikat dengan Perkara 40(1A) mempunyai kebaikan tertentu kerana Baginda masih berpandukan syor atau nasihat MRR mahupun Suruhanjaya.

Pada hakikatnya campur tangan politik tidak boleh dielakkan kerana urusan pemerintahan negara adalah urusan politik. Namun begitu pengaruh politik kepartian masih boleh diuruskan jika komposisi sebuah Suruhanjaya itu dilihat bebas serta tiada ikatan dengan nasihat Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama pandangan Perdana Menteri masih boleh diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh YDPA. Itulah kelebihan yang ada dalam sistem Perlembagaan yang mendokong Kedaulatan Raja-Raja dan prinsip keluhuran Perlembagaan.dun & Kajian Strategik, UMP (ITKAS)

Dalam masa yang sama pandangan Perdana Menteri masih boleh diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh YDPA. Itulah kelebihan yang ada dalam sistem Perlembagaan yang mendokong Kedaulatan Raja-Raja dan prinsip keluhuran Perlembagaan.

Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain
Pengasas Jurisprudens Watan, merangkap
Pengarah Institut Tamadun & Kajian Strategik, UMP (ITKAS)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s