Categories
Politik

Warkah buat Dato Seri Najib Razak yang sedang ‘panas hati’

Assalamualaikum Dato Seri Najib yang dikasihi. Saya ada terbaca status Dato Seri yang mengatakan ‘panas’ dengan isu-isu dan kerajaan semasa.

Dato Seri yang dikasihi,

Sepanas-panas hati Dato Seri, panas lagi hati kami dari NGO-NGO Islam yang Dato Seri tak pandang pun nasihat kami masa Dato Seri ada kuasa dulu.

Kami jenuh dan tidak putus-putus berpesan-pesan terutamanya dalam isu-isu rakyat. Ketika itu rakyat panas juga seperti sekarang. Tak beza banyak pun.

Kalaulah hina sangat kami sekalipun sampai tak nak berjumpa, sekurang-kurangnya dengarlah nasihat kami yang sentiasa berada di lapangan berdepan dgn golongan liberalis dan kiasu cauvanis sepanjang masa ini!

Sekarang kerja kami sudah jadi berganda-ganda pula. Tak mengapalah, Allah nak bagi pahala lebih buat kerja dakwah berganda agaknya.

Tetapi kesan pada apa yang telah terjadi sangat mendalam dan membuatkan kami bimbang akan masa depan anak cucu cicit kami.

Semuanya pasal kedegilan Dato Seri taknak dengar pesan dari kami yang membawa keluhan rakyat. Hinanya kami masa itu sampai kami terasa seolah bila kami berjumpa dgn orang atasan kami ini bagaikan PEMINTA SEDEKAH.

Padahal kami tak minta duit pun.

“Nak bagi.. bagi, taknak bagi pun takpe…”

Realitinya dari dulu sampai sekarang kami akan terus berjuang walaupun tanpa dana atau peruntukan. Apa yang kita mahu ialah pemimpin orang Melayu tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang merugikan umat, walaupun tidak merugikan parti.

Sebab matlamat kami adalah memperjuangkan dan mendaulatkan agama, bangsa dan tanah air (ABATA)! Bukannya kami nak berebut kerusi parlimen sekali.

Hatta, komen saya yg ini pun belum tentu Dato Seri akan baca, tapi tidak mengapalah asalkan ada 2, 3 orang yg TERBACA pun jadilah buat pembakar semangat kami dari NGO-NGO Islam dalam meneruskan perjuangan kami yang tidak akan jadi MENTERI pun. Malah itu bukan matlamat kami… Tapi demi masa depan anak cucu cicit bangsa Melayu-Islam keturunan kami.

Kami akan terus berjuang sampai akhir hayat kami mempertahankan bumi Melayuwiyyah-Islamiyyah ini…

Amiin insya’Allah 🤲🏽

Dikirim oleh Haji Rashidi Haris, Ketua Aktivis Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s