Pedih! Siti Kasim ‘disekolah’ oleh budak sekolah kerana pertikai pakai tudung!

KUALA LUMPUR – Aktivis kontroversi, Siti Kasim hari ini ditegur oleh Ain Husniza yang merupakan seorang pelajar sekolah dan pencetus gerakan media sosial ‘Make School a Safer Place’ kerana mempertikai dirinya memakai tudung dipercayai merujuk kepada sebuah poster program di mana Ain bertudung.

Siti Kasim dalam sebuah hantaran di Twitter mempersoal mengapakah Ain menutup rambutnya (tudung) untuk program ini.

Beliau juga menasihatkan ibu bapa Ain untuk berhati-hati supaya tidak dipergunakan ‘sekelompok manusia’ dan tiada sesiapa pun boleh dipaksa bagaimana dirinya dilihat.

Walaubagaimanapun, Ain membalas melalui Twitter juga bahawa penampilannya atau mana-mana perempuan tidak penting dan ditegaskan juga apa yang mahu dipakainya adalah keinginan dirinya.

“Berhenti menilai perempuan kerana tidak ‘menutup’ atau ‘menutup’. Itu sahaja! Fokus kepada isu utama, sekolah TIDAK SELAMAT”, kata Ain.

“Saya tidak menyerah diri kepada ‘mereka’. Saya hanya lakukan apa yang saya mahu lakukan. Saya hanya mahu sekolah selamat, penampilan saya tidak ada kena mengena dengannya”

“Dan kalau kamu fikir apa yang saya pakai sekarang adalah bagaimana saya ‘menyerah diri’ kepada ‘mereka’ maka kamu adalah sama sahaja dengan sesiapa sahaja yang menilai diri saya ketika saya tidak ‘menutup’ (bertudung)”, kata Ain dalam rantaian Tweet tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: