Munculnya gerakan gugat peranan Raja-Raja Melayu kerana pemahaman salah

Agenda mahu menghapuskan institusi beraja di negara kita ini sudah lama didedahkan oleh beberapa NGO. Gerakan berbahaya ini dilihat bukan satu agenda yang baru tercetus sebaliknya telah timbul daripada pemikiran, peristiwa, naratif, aktiviti dan pemahaman yang pada mulanya bergerak secara berasingan.

Lama-kelamaan terhimpun membina sokongan kepada agenda untuk menggugat kelangsungan institusi beraja Malaysia dan sekaligus menghapuskan sistem Raja Berperlembagaan.

Kumpulan ini bukan sembarangan malah begitu pintar menyusup ke dalam masyarakat, secara terancang dan strategik berskala jangka panjang bahkan ada kalanya dilihat seolah-olah menjadi rakan kepada institusi beraja.

Pada hari ini masyarakat khususnya generasi muda dihidangkan dengan naratif-naratif yang memperlekehkan kedudukan institusi beraja. Kelihatan ketara bermula beberapa bulan sebelum kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti yang disiarkan oleh website Sabah Sarawak Merdeka dan makin menjadi-jadi sepanjang kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sehingga ke hari ini masih ramai beranggapan seolah-olah kuasa Raja-Raja Melayu (RRM) diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan atas persetujuan Suruhanjaya Reid, Jawatankuasa Kerja Perlembagaan dan Parti Perikatan. Pemahaman ini bukan hanya di kalangan orang awam tetapi juga terpalit pada pemikiran beberapa cendiakawan negara.

Fahaman sedemikian perlu diperbetulkan kerana kesannya boleh mengakibatkan institusi beraja tidak dilihat penting dalam persejarahan negara serta hanya berjuang demi survival sendiri. Walhal, peranan yang dimainkan oleh RRM sejak sebelum Hari Merdeka, begitu penting sesuai dengan kedudukan mereka dalam sistem politik tradisional di tanah air kita.

Ramai masih terkeliru akibat naratif yang dikembangkan oleh kumpulan yang dilihat ingin memencilkan peranan RRM, sehingga melahirkan pemikiran dan kenyataan salah seperti berikut:

a) Kuasa dan hak RRM dalam Perlembagaan wujud kerana ketegasan mereka yang menyampaikan hasrat dan kehendak semasa penggubalan untuk memiliki kedudukan sedemikian.

b) Peranan RRM, kedudukan, kehormatan dan keistimewaan mereka dalam Perlembagaan Persekutuan diterima atas persetujuan Jawatankuasa Kerja Perlembagaan, Parti Perikatan dan British.

c) Fungsi dan kuasa Raja Berperlembagaan perlu ditafsirkan mengikut amalan Westminster.

d) Majlis RRM diwujudkan dalam Perlembagaan Persekutuan oleh Jawatankuasa Kerja Perlembagaan setelah dituntut oleh RRM dalam Jawatankuasa Kerja Perlembagaan.

e) Pengekalan kuasa, keistimewaan dan kedudukan RRM merupakan kejayaan mereka dalam rundingan penggubalan Perlembagaan Merdeka dengan tujuan untuk menafikan bahawa kuasa kedaulatan itu terletak pada RRM.

f) Apabila negara kita merdeka, Kedaulatan RRM telah berpindah kepada rakyat.

g) Kontrak sosial merupakan asas pembinaan negara bangsa Malaysia sehingga menafikan kedudukan dan peranan RRM sejak zaman berzaman.

7. Kesemua naratif di atas menggambarkan kedudukan RRM begitu lemah ketika melangkah tarikh keramat 31 Ogos 1957. Semua penyataan di atas menunjukkan RRM terpaksa berjuang untuk menempatkan peranan dan kedudukan mereka dalam Perlembagaan Persekutuan pada hari ini padahal sebenarnya tidak begitu.

Lebih malang, ada pemimpin politik dan sarjana kita yang terbawa-bawa naratif di atas kerana masih terbiasa dengan bahan-bahan bacaan sebegitu atau tidak benar-benar faham mengenainya. Saya bukan ahli, tetapi sedikit sebanyak dengan menghadirkan diri ke seminar, wacana dan beberapa siri perbahasan mengenainya memberi kefahaman kepada saya.

Oleh kerana tidak ramai yang menyangkal tanggapan di atas, maka timbul kebimbangan apabila pada hari ini atau sampai suatu masa nanti generasi muda tidak begitu menghargai perjuangan untuk mengekalkan institusi yang menjadi tonggak kepada negara kita. Lebih daripada itu mereka merupakan Ketua Agama. Apakah yang akan terjadi jika suatu masa negara kita tanpa Ketua Agama?

Suara-suara yang memprotes kelangsungan institusi beraja malah menghina batang tubuh RRM semakin nyaring. Seolah-olah tiada penguatkuasaan undang-undang yang tegas akan dikenakan, sedangkan peruntukan baginya telah sedia ada. Malangnya, yang ada hanya kedengaran jumlah fail siasatan yang dibuka tetapi jumlah kes sebenar yang didakwa dan hukuman tegas yang dikenakan tidak dilapor dengan meluas.

Seperti yang telah saya katakan sebelum ini dan juga dalam beberapa artikel saya yang berkaitan dengan Perlembagaan serta kedudukan RRM, saya bukan ahli jauh sekali ahli bidang tetapi sedikit sebanyak ada pemahaman mengenainya. Justeru, saya berharap mereka yang ahli perlu lebih berhati-hati apabila memberi pendapat, dan jalan terbaik ialah dengan menukil daripada teks asal beserta huraian yang tepat dan benar. Kita tidak mahu Raja-Raja Melayu menjadi boneka kepada kuasa Perdana Menteri.

Dikirim oleh Haji Rashidi bin Haris yang merupakan Ketua Media PEMBELA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: