Categories
Antarabangsa Negara

‘Editor berita RTM Bahasa Mandarin perlu dipecat dalam tempoh 48 jam’ – Cikgu Izzat Johari

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) digesa memecat editor berita Bahasa Mandarinnya yang menyediakan maklumat salah malah sekaligus menghina pejuang Islam yang bermati-matian mempertahankan Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

Aktivis masyarakat yang sinonim dengan gerakan Buy Muslim First, iaitu Cikgu Izzat Johari, menyatakan ramai umat Islam terguris hati malah sangat marah pada editor yang langsung tidak peka malah sewenang-wenangnya mengeluarkan berita tersebut.

Beliau yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat yang juga Naib Pengerusi PEMBELA menegaskan supaya RTM memecat editor Bahasa Mandarinnya dalam tempoh 48 jam dari tarikh 1 Syawal 1442 Hijrah dan menuntut permohonan maaf di TV1 selama tiga hari berturut-turut.

“Jika tiada apa-apa tindakan diambil, kami SECARA TEGAS akan meletakkan RTM sebagai LIDAH ZIONIS ISRAEL dan sekaligus akan memboikot RTM mulai SYAWAL 1442 HIJRAH ini”, katanya.

Beliau berkata yang tidak akan ada kompromi pada mana-mana pihak dalam Malaysia yang cuba menyokong atau menyebelahi Zionis Israel.

“Bernasib baik tiada peperangan dalam Malaysia tetapi dengan ketegasan ini, kami berharap RTM faham dan jelas, sebagai penyiaran rasmi negara”, katanya lagi.

— Berita Melayukini

Ikuti kami di telegram: t.me/beritamelayukini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s