Kisah Lembaga Zakat belikan keluarga mualaf TV, katil, mesin basuh, bantu dapatkan tanah

Berikut merupakan cerita Lembaga Zakat Negeri Kedah membantu salah satu keluarga mualaf yang baru sahaja memeluk Islam. Cerita ini dipetik dari laman Facebook rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.

“Saya rasa tenang sangat lepas masuk Islam ustaz. Walaupun duit saya tak ada, tapi saya masih boleh sara bagi anak isteri makan. Saya tak tau mai mana rezeki. Tenang sangat.” Kata Abg Aziz perlahan bila kami langkah masuk ke rumah dia di Sg Menghulu, Langkawi tadi.

Abg Aziz ni asalnya agama Hindu. Nama asal Elon Goven. Tapi dapat hidayah untuk masuk Islam masa dia dalam penjara tahun lepas. Katanya masa dalam penjara dia tengok kawan-kawan bila lepas solat jer, semua macam happy sangat. Sampailah satu hari bila dia dengar satu kuliah yang ustaz sampaikan dalam penjara, Abg Aziz rasa sangat tersentuh sampai akhirnya terbuka hati nak masuk Islam. Allahu mahalnya hidayah.

Isteri dia, Kak Nur Kalai pula masuk Islam awal tahun ini sehari selepas Abg Aziz bebas dari penjara. Ada anak dua orang, seorang lelaki umur 18 tahun tapi belum Islam lagi. Seorang lagi perempuan umur 5 tahun.

Kami ingat lagi masa mula-mula Kak Kalai masuk Islam, dia mai pejabat kami di cawangan Langkawi bersungguh-sungguh minta nak beli tudung. Nak pakai tudung katanya. Kami terus bawa dia pi kedai tudung berdekatan. Tak sempat bayar lagi Kak Kalai dah tak sabar nak pakai. Tanda harga pun tak sempat buang, dia terus sarung tudung tu.

“Padan ustaz! Saya suka.” Seronok sangat dia. Alhamdulillah.

Syukur Kak Kalai dah 3 bulan dapat kerja cleaner di Idaman Suri, Abg Aziz pula belum ada rezeki kerja lagi sejak keluar penjara. Mungkin sebab statusnya menyebabkan susah sikit nak dapat kerja. Tapi bahagianya keluarga ini. Tak mengeluh sikit pun. Hebat sungguh.

Semalam kami mai lagi ziarah bawa juadah berbuka puasa sambil-sambil tengok apa lagi keperluan asas yang keluarga ini perlu. Ini puasa pertama mereka. Harap-harap cukuplah kelengkapan mereka.

Tak sangka air mata kami mengalir laju bila melangkah masuk rumah tengok rumah kosong! Kami jenguk dapur, mesin basuh pun tak ada. Jenguk dalam bilik, ada satu tilam single jer. Tu pun dah lusuh sangat. Ya Allah tabahnya keluarga ini dalam agama baru.

Hari ni awal-awal pagi lagi kami bawa Abg Aziz ke kedai perabot. Kami belikan mesin basuh, TV, katil queen dan tilam untuk dia dan isteri, kemudian satu lagi katil untuk anak lelaki bujang dia. Menangis Abg Aziz. Dia kata tak pernah sangka akan dapat bantuan banyak ni.

Tengok pula muka si anak kecil dia yang bertudung, kami juga belikan basikal untuk dia naik petang-petang. Biarlah dia happy. Biarlah keluarga ni rasa gembira dan selesa dalam Islam. Islam ini kan agama rahmat.

Sewa rumah Abg Aziz yang sekarang ni juga kami akan tanggung selama setahun atau sampai Abg Aziz dapat kerja yang stabil sikit. InsyaAllah kami juga sedang usahakan untuk dapatkan sebidang tanah untuk kami bina sebuah rumah baharu keluarga ini bawah skim Muallaf. Semua guna duit zakat.

“Terima kasih banyak ustaz. Saya percaya Allah tu ada ustaz. Saya percaya Allah tu ada. Allah tu memang ada. Allah tengah tengok saya.” Ulang-ulang Abg Aziz sebut kat kami sambil lap air mata.“Abg Aziz dan Kak Kalai jangan pernah rasa runsing dalam Islam yer. Allah dah tetapkan satu bahagian khas untuk siapa yang sanggup masuk Islam. Yang penting, Abg dgn Kak pi belajar betul-betul jer pasal Islam. Belajar solat, baca Quran.” Pesan kami.

Abg Aziz angguk. “Saya yakin ustaz, lagi 2-3 bulan, anak laki saya ni pula akan masuk Islam. Biarlah dia ambil masa sikit sebab dia pun dah besar. Saya tak mau paksa dia. Tapi dia ada sebut kata dia pun akan masuk Islam juga nanti.

”Alhamdulillah ya Allah. Seronoknya dengar khabar ini. Andai inilah amalan yang akan membuatkan kami masuk ke Syurga-Mu, Engkau kabulkanlah ya Allah. Andai wang zakat inilah yang akan mengampuni dosa-dosa mereka yang menunaikan zakat kerana-Mu, Engkau ampunkanlah seluruh dosa mereka ya Allah!

Sebelum pulang juga, kami serahkan sikit Bantuan Tunai Aidilfitri kepada Abg Aziz sekeluarga. Inilah raya pertama mereka dalam Islam. Sikit sebanyak dapatlah bantu mereka buat persiapan dengan berbaki lagi 2 hari ini untuk menyambut Syawal.

Sekiranya Tuan-Puan dapat tahu makluman kerja kosong di Langkawi yang sesuai untuk Abg Aziz, minta tolong maklumkan kepada kami yer di talian 013-4408172 (PZD Langkawi). Abg Aziz kata tadi dia bawa lori boleh, angkat barang boleh. Kerja berat pun boleh. Yang penting ada kerja jer.

Tuan-Puan tolong doakan saudara baharu kita ini. Semoga mereka teguh dan kekal kuat bersama Islam. Semoga ini menjadi asbab kebaikan kita bersama. Amiin.

May be an image of 4 people, people sitting, people standing, indoor and text that says "Zakat Kedah"
May be an image of standing and indoor
May be an image of indoor
May be an image of 2 people, people standing and bicycle
May be an image of 2 people, people sitting, people standing and bicycle

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: