Pegangan Islam vs Pemikiran Islam Liberal

Soal sama ada kuat atau tidaknya fahaman sesat Liberalisme ini adalah terletak pada konsep “logik” dan “universal” yang mendasarinya. Liberal itu sendiri membawa maksud pemikiran yang bebas, tidak terikat kepada sesuatu tetapi bersesuaian dengan kehendak manusiawi.Hal ini demikian, kerana para pendukung fahaman Liberalisme ini menolak asas agama atau apa-apa kaitan dengan spritualiti atau apa-apa dogma dan konsep lain, selain “kebebasan berfikir” tanpa batas, dan ini termasuklah pendekatan “sapere aude” yang terkenal itu. Manakala Islam sebaliknya, terikat kepada konsep yang hadir dari wahyu atau ketuhanan.

Apabila puak Liberalis muncul akibat penolakan ke atas cengkaman Agama (Christianity) dan gereja di Eropah, mereka raikan kebebasan tanpa had sebagai “hak peribadi individu” yang bersifat sejagat dan tak terbatas. Malah ada juga mereka yang kuat beragama mempertahankannya sebagai “hak asas yang dilindungi agama (termasuk Islam dan Kristian).

Naratif “gila” bebas tanpa batas ini cepat menular ke luar lingkaran benua Eropah dan kini di era millenium, ia mengasak minda generasi muda Muslim termasuk kita di Nusantara, setelah berjaya merebakluaskannya di Indonesia – negara Islam paling padat di dunia. Kini Malaysia menjadi mangsa seterusnya ancaman kemasukkan pemikiran songsang ini.

Jika kita kata Liberalisme hanya muncul di Perancis kerana menolak kuasa dan pengaruh gereja, maka ironinya gereja kini sudah tiada masalah untuk “bekerjasama” dengan pejuang Liberalisme dalam menabur naratif berkenaan kerana menganggapnya “bersatu aliran” dalam menanggapi Islam sebagai halangan utama kepada agenda masing-masing walaupun kedua-duanya mempunyai asas entiti yang berbeza malah sangat bertentangan!

Umat Islam mesti bijak memahami percaturan bidak (pawn) di pentas global yang seolah “bergerak sehaluan” mengasak minda penganut Islam dan ummahnya. Dan ini dilakukan oleh mubaligh-mubaligh Liberalisme dengan seluas mungkin dan sedalam mungkin. Terutamanya sasaran mereka adalah generasi muda kita yang era millenium ini sangat mudah dipengaruhi.

Ini kerana gagasan besar yang mereka bawa dengan slogan “kebebasan berfikir”, “hak demokratik individu”, “hak individu untuk berekspresi” adalah bersifat “universal fundamental rights” yang diakui dunia dan mana-mana negara berdaulat sekalipun “tidak berhak” menolak gagasan kemanusiaan yang “begitu agung” dan explicit ini semata-mata kerana ia adalah “asas kebebasan insan secara semulajadi (fitrah)”.

Di sinilah Islam datang meletakkan wacana yang berbeza sekaligus mengangkat martabat kemanusiaan ke tahap sebetulnya sebagai abdi ciptaan Pencipta yang mesti faham siapa yang lebih utama dan apalah matlamat kewujudannya itu sendiri (Surah Al-A’raf : ayat. 172).

Kembali kepada bahasa mudahnya: kita kena faham bahawa jika seseorang itu Muslim maka dia perlu akur kepada kerangka pemikiran sebagai penganut agama Islam yang sudah ditentukan oleh syariat sebagaimana yang disusun dalam Al-Qur’an dan diperlihatkan praktisnya dalam kehidupan insan agung pilihan Pencipta, iaitu Rasulullah SAW.

Sekali lagi Allah SWT menetapkan bahawa “apa-apa yang dibawa oleh Rasul-mu ikutilah, dan tinggallah apa-apa yang ditegahnya (Surah Al-Hasyru : ayat.7).

Tidak kira jika Muslim itu seorang Raja, Presiden, Perdana Menteri, Menteri, Pegawai kerajaan, Guru Besar atau hanya seorang pelajar belasan tahun, asalkan dia Muslim dan sudah ditaklifkan tanggungjawab sebagai Muslim, dia kena akur bahawa dia terikat dengan Syariat yang sudah ditentu-pastikan oleh Si Pencipta-nya tanpa terkecuali. Demikianlah Islam dan tiada tafsiran lagi selain itu!

Dikirim oleh Haji Rashidi Haris yang merupakan Ketua Aktivis Perubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: