Categories
Antarabangsa Islam

Dari seorang pendatang, kepada Perdana Menteri Israel yang mengusir penduduk asal

1. Gambar yang dikeluarkan oleh portal The Times of Israel ini mendedahkan dokumen asal permohonan Shimon Peres, pendatang Yahudi yang berasal dari Poland yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel selama dua penggal.

2. Dalam gambar permohonan tersebut, Peres menandatangi permohonan yang bersumpah untuk menjadi taat setia sebagai warga Palestin.

Kenyataan tersebut menyebutkan:

اقسم بالله العظيم سيكون امينا ومخلصا لحكومة فلسطين

“Aku bersumpah dengan nama Allah untuk menjadi seorang yang jujur dan ikhlah mendokong kerajaan Palestin.”

3. Siapa sangka, Perdana Menteri yang asalnya hanyalah seorang pendatang ini memberikan impak yang sangat besar kepada penjajahan tanah Palestin. Ketika tempoh menjadi Perdana Menteri pada tahun 1996, beliau membenarkan serangan ngeri ke atas kem tentera pengamanan UN di Qana yang mengorbankan 106 nyawa yang berlindung di sana.

Dalam tempoh tersebut juga Peres dikatakan memberikan arahan kepada operasi “Operation Grapes of Wrath” yang membunuh 154 orang awam di Lubnan manakala 351 individu mengalami pelbagai kecederaan.

4. Peres juga dikatakan membangunkan program nuclear Israel yang sehingga kini tidak dipantau oleh Agensi Nuklear Antarabangasa – Atomic Energy Agency (IAEA).

5. Pada tahun 2014, Peres mempertahankan tindakan askar Israel yang membunuh empat orang kanak-kanak di Gaza dan menyalahkan rakyat Palestin kerana tidak memantau kanak-kanak tersebut.

  1. Pelbagai lagi jenayah perang yang dilakukan oleh pendatang ini. Begitulah pengajarannya buat kita. Pengkhianatan Yahudi telah diceritakan banyak kali dlm al-Quran. Dan seorang yang pernah berjanji untuk taat setia buat negara, tidak mustahil satu hari akan menjadi pengkhianat yang menghancurkan negara sendiri.

Dipetik dari laman website Dr Ahmad Sanusi Azmi yang merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau juga adalah Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS). Berkelulusan PhD (Birmingham), M.A (IIUM), BA (Al-Azhar).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s