Terbaik! TMJ sudah lama menyumbang ke Palestin, melalui NGO Aman Palestin

KUALA LUMPUR: Tungku Mahkota Johor (TMJ) memuatnaik hantaran di laman Twitter rasminya menceritakan sumbangan dana kepada rakyat Palestin dengan berkongsi sebuah pautan blog dari ‘Fans of TMJ’.

Dalam gambar yang dikongsikan, TMJ bergambar dengan wakil-wakil Aman Palestin sambil menerima sedikit cenderahati dari Aman Palestin yang menghadap baginda.

Sebagai seorang pemimpin yang mengambil prihatin mengenai pelbagai isu semasa di seluruh dunia, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor turut prihatin mengikuti perkembangan mengenai perjuangan Palestin melawan kezaliman Zionis Israel.

Sejak 2017, baginda telah menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin secara senyap, tanpa perlunya perhatian daripada media massa kerana ianya bukan suatu yang dikejar DYAM Tunku Mahkota Johor.

Malah, melalui Yayasan Palestin dan Syria, baginda dapat menyampaikan kurniaan bantuannya dari dahulu lagi kepada mereka di Palestin yang amat memerlukan. 

DYAM Tunku Mahkota Johor juga mengambil prihatin mengenai perkembangan yang berlaku baru-baru ini di Palestin di mana rakyat Palestin ditindas dengan zalimnya oleh rejim Zionis. Minggu lepas, baginda amat tersentuh dengan kejadian kebakaran di Masjid Al-Aqsa sehingga menyeru agar umat Islam bersama-sama mendoakan perlindungan Allah SWT ke atas rakyat Palestin dan juga Masjid Al-Aqsa melalui laman sosial media baginda. 

Kata-kata DYAM Tunku Mahkota Johor turut disambut baik oleh netizen dari Palestin dengan komen yang menjunjung kasih kepada baginda. Ini menunjukkan kewibawaan DYAM Tunku Mahkota Johor sebagai seorang pemimpin. 

Rakyat tahu DYAM Tunku Mahkota Johor akan selalu memperjuangkan hak asasi semua orang tidak kira agama atau kaum. Baginda akan sentiasa memperjuangkan isu-isu yang penting untuk rakyat terutamanya bilanya berlaku penindasan atau penyalahgunaan kuasa. Kita memerlukan lebih ramai pemimpin seperti baginda yang tidak akan menunggu untuk bersuara atau berasa takut untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin. 

Sudah tentunya baginda akan terus menyumbangkan bantuan kepada perjuangan Palestin untuk masa yang akan datang. Daulat Tuanku!

Fans of TMJ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: