Categories
Islam Politik

Wakil rakyat DAP anggap isu Palestin ‘konspirasi’ Muhyiddin alihkan isu COVID-19?

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang, Selangor daripada DAP yang mengkritik pendirian tegas Malaysia terhadap kezaliman yang dilakukan rejim zionis Israel ke atas Palestin disifatkan sebagai biadab dan tidak patriotik.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Razali Idris berkata kritikan Teng Chang Khim yang juga Exco Kerajaan Selangor itu tidak melambangkan keperibadiannya sebagai seorang Exco, ADUN dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kemakmuran dan kedamaian sejagat.

Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Terengganu itu juga meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar menyiasat tindak-tanduk pemimpin DAP itu.

“Justeru, saya mendesak Teng Chang Khim memohon maaf kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia serta menarik balik kenyataan biadab beliau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sabtu lepas, Teng yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor didakwa telah memuat naik komen di Facebook yang mengkritik Perutusan Khas Mengenai Palestin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Razali turut membidas Teng yang mendakwa kononnya pendirian Malaysia yang disampaikan Muhyiddin itu bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu COVID-19 dan menegaskan bahawa dakwaan Teng itu tidak berasas. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s