Categories
Antarabangsa Islam

Cubaan normalisasi agar umat Islam terima negara Yahudi-Israel

Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga. Begitulah apa yang dirasai oleh umat Islam Malaysia susulan daripada serangan ganas lagi zalim yang dilakukan oleh rejim Zionis tatkala umat Islam di Palestin sedang mengerjakan ibadat solat di Masjid Al Aqsa dalam bulan Ramadan yang lepas baru-baru ini.

Ramai rakyat non-Muslim di Malaysia yang bersembunyi di sebalik sentimen apologetik terhadap Israel, memberi momokan kepada pendirian kerajaan yang menyokong Palestin bahawa untuk apa Malaysia mahu sibuk hal negara lain sedangkan kes Covid-19 dalam negara semakin mencanak naik hampir 7,000 sehari.

Namun itulah perbezaannya antara orang beriman dengan yang tidak beriman, yang tidak mengerti soal Ummah dan Ukhwah. Kesengsaraan diri seorang Muslim itu tidak mengurangkan tanggungjawab dan keprihatinan kepada umat Islam yang lain.

Pendirian Malaysia terhadap Israel adalah jelas iaitu ianya sebuah negara haram yang wujud di atas perampasan tanah dan tempat tinggal rakyat Palestin. Malah ianya begitu tegas sehingga pasport Malaysia tertulis “Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali Israel”. Bukti yang bagaimana lagi yang dimahukan?

Pendirian ini sepatutnya dipegang oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama kerana isu keganasan yang dilakukan oleh regim zionis ini jelas melibatkan hak asasi manusia dan pencabulan undang-undang antarabangsa. Apakah menceroboh dan membunuh itu tidak dikira suatu kesalahan apabila ia dilakukan oleh orang Yahudi!?

Dalam ‘kemeriahan’ umat Islam membantu umat Islam yang tertindas di bumi Palestin dengan kemanusiaan selain daripada ekspresi marah netizen terhadap akaun dan page berkaitan Israel, Lebai Kampung ingin mengajak untuk merenung kembali berkenaan tanggungjawab yang lebih besar lagi yang boleh dilakukan kita sebagai umat Islam di Malaysia.

Dalam sedar tidak sedar, Malaysia sebenarnya sudah dimasuki beberapa individu yang giat mempromosikan dan menormalisasikan penerimaan negara Israel. Antara individu tersebut adalah Apostle Rev. Dr. George Annadorai daripada Singapura. Beliau telah dijemput oleh Asia Revival Centre di Pulau Pinang bagi memberi caramah bertajuk King’s Convention pada tahun 2019.

Beliau seolah-olah cuba membawa naratif Kristian secara nasionalistik yang boleh dianggap meragukan dan mempunyai potensi terhadap keselamatan negara secara amnya dan juga kedudukan Islam sebagai agama negara. Beberapa penjelasan perlu dibuat khususnya berkenaan ‘God’s Kingdom’ atau pemerintahan Jesus yang akan bermula di Israel dan mana akan berakhir di Asia mengikut ramalan individu tersebut. Beliau juga menambah bahawa antara peranan yang boleh dilakukan pihak gereja adalah ‘love of Israel among Malaysian’.

Petikan berkenaan sokongan beliau boleh dilihat di pautan (rujuk pada minit 1:28:42 hingga 1:30:31 dan keseluruhan ceramah boleh dicapai melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=0qcya61Mcaw


Tujuan artikel ini bukanlah untuk menimbulkan konflik antara kaum dan agama di dalam Malaysia. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan berkenaan visi dan misi kelompok tertentu terhadap Malaysia dan kaitannya dengan Israel. Umat Islam di Malaysia berhak untuk memerhati dengan lebih dekat apa yang berlaku di luar negara apatah lagi dengan apa yang berlaku di dalam negara.

Ditulis oleh Haji Rashidi bin Haris merupakan seorang blogger yang lebih dikenali dengan nama penanya sebagai Lebai Kampung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s