‘Mustahil kerajaan PH Selangor dalang jangkitan COVID-19 meningkat?’

Ada suara-suara mengatakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor dalang jangkitan Covid19 meningkat namun tiada dokumen bagi membuktikannya, dalam masa yang sama tiada siapa pula boleh menafikan peningkatan jangkitan sudah memecah rekod lebih 9,000 orang yang akan terus merebak pantas jika kerajaan tidak melakukan suatu tindakan drastik bagi mengatasi penularan yang boleh mencecah kepada angka kematian puluhan ribu orang.Sehingga 29 Mei 2021, bilangan jangkitan telah mencecah 9,020 (558,534 secara keseluruhan) dalam negara. Dan negeri Selangor yang diperintah kerajaan PH merupakan negeri yang mencatat bilangan paling tertinggi dijangkiti. Data maklumat disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setiap hari.

Lazimnya, tindakan yang diambil oleh kerajaan pusat biasanya akan dituruti oleh setiap kerajaan negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah, namun berlainan dengan senario di Selangor, apabila pihak kerajaan negeri PH bertindak sendiri cuba menyelesaikan pandemik ini mengikut cara mereka tetapi ternyata berakhir dengan kegagalan. Ada pihak membuat persepsi ia disengajakan supaya bilangan mangsa meningkat. Tindakan ini seakan-akan mahu kerajaan pusat Perikatan Nasional (PN) dilihat sebagai gagal.

Mengimbau kembali penubuhan Task Force oleh kerajaan negeri Selangor yang dikatakan berupaya menangani pandemik ini dengan diperuntukan dana sebanyak RM400 juta – ia merupakan suatu jumlah yang amat besar, yang telah pun dibelanjakan kepada Task Force yang diketuai oleh bekas Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkifli Ahmad dan dibantu oleh Exco Kerajaan Negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud sejak bulan Mac 2020.

Pada awalnya sebelum jangkitan meningkat, Dr. Siti Mariah memberikan kenyataan dengan penuh yakin memberitahu rakyat negeri Selangor supaya tidak perlu bimbang pada ancaman pandemik yang dikatakan masih terkawal dan rakyat sebaliknya perlu lebih khuatir dan bimbang dengan peningkatan kes denggi yang berlaku di Selangor.

Kes jangkitan denggi adalah fakta dan memang negeri Selangor merupakan yang tertinggi apabila mencatatkan peningkatan kes pada bulan Mei 2020 tahun lalu mencecah jumlah 25,388 kes. Justeru, mustahil seorang Exco Kerajaan Selangor yang berlatarbelakang perubatan mengambil mudah dengan ancaman pandemik Covid19 dan dikatakan akibat ketidaktegasan kerajaan PH, negeri Selangor muncul negeri yang mencatatkan jumlah penyumbang kes tertinggi dalam negara.

Mungkinkah strategi jawatankuasa Task Force Selangor selepas melakukan mass swab test di seluruh DUN Selangor adalah antara langkah-langkah terancang oleh kerajaan negeri PH supaya berlakunya lonjakan peningkatan kes apabila statistik menunjukkan penurunan di negeri Selangor sekaligus kerajaan PN akan mendapat kredit?

Daripada laporan media menyatakan hasil mass swab test yang dibuat didapati keputusannya banyak yang positif, namun ternyata kerajaan negeri tetap tidak mahu mengambil langkah sebaiknya agar dilaksanakan lockdown menyeluruh, mengapa? Dan kalau tidak mahu dibuat lockdown mengapa dilaksanakan mass swab test? Persoalan-persoalan ini mengelirukan warga Selangor.

Tindakan kerajaan PH Selangor untuk mengabaikan lockdown seperti yang telah disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia memburukkan keadaan di mana hari ini jangkitan sudah sampai ke tahap kritikal dan mendesak sehingga kerajaan terpaksa mengumumkan lockdown sepenuhnya sekali lagi ke seluruh negara.

Tidak mustahil akibat daripada kedegilan dan keengganan jawatankuasa Task Force Selangor mengikut arahan kerajaan Pusat dalam menangani pandemik telah menyebabkan peningkatan kes Covid19 dan memaksa kerajaan mengumumkan lockdown penuh yang akhirnya menjadi bahan rakyat menuding jari ke arah kerajaan PN bagi menutup kegagalan adalah kerajaan PH di Selangor?

Dikirim oleh Haji Rashidi bin Haris yang merupakan seorang blogger dan juga aktivis Pertubuhan MUAFAKAT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: