Categories
Ekonomi

Syarikat arak jangan perasan diri ‘special’ sangat!

BANGI – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) hari ini menempelak kenyataan Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) yang mempertikaikan keputusan kerajaan menutup kilang minuman keras di seluruh negara sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh fasa pertama.

Terdahulu, Pengarah Eksekutif MICCI, Shaun Cheah yang membantah keputusan kerajaan itu dilaporkan berkata, sepatutnya tiada diskriminasi oleh pihak berkuasa terhadap minuman beralkohol ketika memutuskan untuk menentukan sektor mana yang harus dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan pergerakan penuh.

Katanya, minuman beralkohol juga wajar dikategorikan sebagai satu keperluan asas seiring dengan minuman bergula dan berkafein yang lain.

Membidas kenyataan itu, Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, arahan untuk menutup kilang arak bukan satu ‘diskriminasi’.

Bahkan, katanya, ia jauh sekali boleh dikategorikan sebagai keperluan asas (essential) kerana ianya sebuah industri yang merosakkan kehidupan rakyat daripada segi kesihatan, kekeluargaan, sosial dan sebagainya. 

“Ia juga bertentangan dengan naluri keagamaan di mana secara umumnya semua agama melarang sebarang kerosakan kepada diri, dan hampir semua agama mengharamkan arak kepada penganutnya. 

“Mereka yang sudah biasa dengan arak masih boleh hidup tanpanya malah lebih sejahtera dan tenteram,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sepatutnya kilang pembuatan minuman keras ini bukan sahaja perlu diberhentikan operasi ketika sekatan pergerakan penuh, tetapi kewujudannya juga merupakan sesuatu yang tidak wajar di Malaysia di mana agama persekutuannya adalah agama Islam.

“Mungkin ada pula yang berhujah yang industri arak sudah ‘berbakti’ banyak kepada ekonomi negara. 

“Ingat dan sedarlah, ini bukan isu sumbangan duit atau percukaian tetapi demi kesihatan dan keselamatan yang melibatkan puluhan ribu pekerja dan kajian menunjukkan kluster paling utama merebaknya COVID-19 ini adalah dari kluster kilang. Kilang arak adalah kilang juga,” katanya.

Pada masa sama, Aminuddin turut membangkitkan persoalan mengenai tindakan MICCI yang lantang bersuara mempertahankan kilang arak.

“Dalam banyak-banyak industri yang terpaksa ditutup, mengapakah sebuah dewan perniagaan beria-ia mempertahankan industri arak pula?

“Apakah kepentingan mereka terhadap syarikat-syarikat pengilang arak melangkaui perniagaan-perniagaan lain?

“Kepada syarikat-syarikat arak yang ada di Malaysia, saya sarankan agar kalian sokong sahaja penutupan sementara ini. 

“Janganlah pentingkan keuntungan semata-mata dan mula berfikir secara rasional dan bertanggungjawab. Janganlah perasan diri kalian ‘special’ sangat, padahal sebenarnya kewujudan kalian tidak dialu-alukan pun oleh majoriti rakyat Malaysia,” katanya.

Portal Islam dan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s