Categories
Negara

Agenda penderhaka diangkat sebagai wira negara?

Berikutan dengan sikap melampau yang semakin merebak dan berani oleh pihak tertentu yang tidak menghormati kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu (RRM) dan undang-undang negara yang kebelakangan ini rata-rata dilihat muncul daripada kumpulan anti-kerajaan yang tidak puas hati dengan polisi kerajaan.

Tidak dapat dipastikan secara jelas apakah ia ada kaitan dengan agenda yang pernah terbongkar pada tahun 2013 dahulu apabila salah seorang pendokong Pakatan Harapan (PH) membentangkan pelan jangka panjang dengan menyebutnya secara jelas bahawa pada tahun 2030 nanti institusi RRM tidak ada lagi dan digantikan dengan republik.

Lihat pautan: https://youtu.be/qWwVVlAuZ9c

Sekalipun YB Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengeluarkan kenyataan bahawa “kenyataan-kenyataan Iswardy Morni tidak sama sekali mewakili pendirian PKR” dan “PKR telah memberi amaran tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk memecat beliau”, anehnya beliau diserang oleh Saiful Izham Ramli, bekas Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dengan lantang menyelar pendirian Fahmi itu sebagai bodoh.

Bagi Saiful Izham, Fahmi adalah contoh pemimpin kayangan yang sedang menikmati imbuhan dan makin lupa diri, sedang dikelilingi dengan pengampu, pembodek dan penjaja fitnah sedangkan penghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) seperti Iswardy Morni dikatakan memberi harapan kepada masa depan PKR kerana membangkitkan isu-isu rakyat.

Kita dapat menyedari apabila seringkali dilihat sesiapa sahaja yang menghina institusi RRM, akan muncul ahli daripada PH – baik daripada PKR seperti dalam kes Iswardy atau DAP yang akan membuat kenyataan-kenyataan sama ada menyokong tindakan melampau individu terbabit atau turut sama menghina RRM.

Sebenarnya sikap buruk ini semakin menjadi-jadi apabila Akta ISA dihapuskan dan peruntukan hukuman ke atas mereka yang kurang ajar ini tidak dikuatkuasakan. Maka, adalah dicadangkan buat mereka yang jelas mencabar YDPA diambil tindakan tegas berdasarkan Akta Hasutan dan peruntukan lain yang sedia ada.

Peruntukan hukuman sebat diharapkan dapat meningkatkan pencegahan terhadap kecenderungan orang ramai daripada menghina YDPA dan RRM, sebagai tonggak pemerintahan negara dan Ketua Agama bagi agama Islam. Institusi ini diletakkan sebagai asas kedua dalam Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Di samping itu tindakan terhadap mereka yang menghina kesucian ajaran Islam juga perlu dikenakan hukuman yang tegas dan dikuatkuasakan tanpa kompromi selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri.

DS Anwar patut bersyukur dan berterima kasih dengan kuasa YDPA dapat memberi pengampunan atas kesalahan meliwat. Jika tidak, sudah tentu DS Anwar masih lagi merengkuk dalam Penjara Kajang. Sepatutnya Anwar sebagai membalas keprihatan Tuanku RRM mengajar ahli-ahli PKR memahami pengertian Rukun Negara dan Asas Perlembagaan. Pepatah Melayu mendidik ummah agar jangan ”Kacang lupakan kulit”.

Dikirim oleh Haji Rashidi Haris yang merupakan Ketua Aktivis Pertubuhan MUAFAKAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s