Categories
Politik

MCA dakwa larangan kedai arak beroperasi melampau

BANGI – Biarpun MCA sebahagian kompenen dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) , parti berasaskan kaum itu dilihat tidak sehaluan terhadap keputusan penutupan pengoperasian perniagaan minuman beralkohol sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketat.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Chong Sin Woon dilaporkan mengkritik tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meletakkan perniagaan minuman keras di bawah bukan ‘essential services’ dan tidak membenarkan kedai menjual arak beroperasi.

Memetik laman web MCALantian.org, Sin Woon mendakwa, arahan penutupan ruang jualan arak di premis perniagaan sebagai tindakan penguatkuasaan yang melampau.

Dakwanya, semua dasar kerajaan dan prosedur penguatkuasaan mesti profesional dan rasional, mengikut peruntukan undang-undang yang betul tanpa membabitkan emosi serta pandangan awam.

“Kami memohon kerajaan memperbetulkan kesilapan ini, jangan benarkan negara mengenakan sekatan yang merampas kebebasan hidup rakyat.

“Hakikatnya, minuman beralkohol sama seperti minuman bergas, tergolong dalam produk makanan dan minuman keperluan, dalam SOP MKN pun tidak terdapat arahan larangan menjual arak, tindakan PDRM jelas melampaui SOP dan tidak profesional,” katanya.

Sebelum ini, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung arahan penutupan segera semua premis yang menjual minuman beralkohol.

Portal Islam dan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s