Isu hadis menghormati Sultan: hipokrasi golongan liberal

1. Kecoh beberapa hari lepas apabila pihak JAKIM mengeluarkan poster menyeru masyarakat agar menghormati institusi di raja, golongan liberal gegak gempita bertempik menempelak JAKIM yang dikatakan menggunakan hadis daif.

2. Saya merasa hairan melihat gelagat sebahagian golongan liberal yang tiba-tiba concern dengan hadis daif sedangkan sebelum ini merekalah yang paling banyak menolak hadis sahih. Apabila kita menolak golongan LGBT dan berhujah dengan hadis sahih, mereka tidak menyokong pula hadis sahih bahkan mereka menyokong LGBT. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ اللهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ

“Allah melaknat mereka yang mengamalkan amalan kaum Lut.” (HR Ahmad – dinilai Sahih li Ghairihi oleh al-Arna’ut)

3. Apabila kita menolak golongan lelaki yang berpakaian seperti wanita dengan mendatangkan hadis sahih, golongan liberal menolak perkara ini seakan-akan mereka menolak hadis sahih. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنَ النِّسَاءِ

“Rasulullah melaknat golongan mukhannath (berperwatakan wanita) daripada kaum lelaki dan kaum wanita yang berperwatakan seperti lelaki. (Sahih al-Bukhari)

4. Apabila kita menyeru mereka menutup aurat dan memakai hijab, mereka mempertikaikan hijab bahkan menyatakan tidak wajib memakai tudung. Sedangkan dalam hadis yang sahih, Saidatina Aisyah memuji wanita Madinah yang segera memakai tudung menutup aurat ketika wahyu mengenai perkara ini diturunkan. Kata Saidatina Aisyah:

يَرْحَمُ اللَّهُ نِسَاءَ المُهَاجِرَاتِ الأُوَلَ، لَمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ: {وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ} [النور: 31] شَقَّقْنَ مُرُوطَهُنَّ فَاخْتَمَرْنَ بِهَا “

“Semoga Allah merahmati kepada kaum wanita Muhajirin yang awal. Mereka, apabila Allah menurunkan ayat : وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ, mereka lantas mengoyakkan kain Murat (sejenis tekstil yang diperbuat daripada bulu bebiri) mereka lalu mereka berhijab dengannya.” (Sahih al-Bukhari)

5. Malah terdapat beberapa isu lagi yang disabdakan oleh Rasulullah melalui hadis yang sahih tetapi dipertikaikan oleh golongan liberal. Anehnya dalam bab menghormati Sultan, mereka tiba-tiba bijak pula menilai hadis dan menghentam JAKIM. Inilah hipokrasi golongan liberal.

6. Mereka hanya memilih hadis yang bersesuaian dengan nafsu mereka sahaja. Apabila mereka menyokong LGBT, mereka menolak hadis sahih. Namun apabila diminta menghormati Sultan, mereka menggelupur mencari dalil untuk melawan JAKIM. Ia seakan satu gerakan terancang untuk menyeru rakyat memusuhi Sultan dan JAKIM.

Semoga Allah membimbing kita.

Dipetik dari laman Facebook rasmi Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi yang merupakan pakar bidang hadis yang mendapat pendidikan dari Universiti Al-Azhar (Mesir) dan University of Birmingham (UK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: