Categories
Masyarakat Negara Undang-Undang

Laporan polis terhadap ‘instafamous’ sebar kandungan lucah kepada bawah umur

BANGI – Professor Madya Dr. Rafidah Hanim hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik akaun @SafieyIllias94 berikutan kanak-kanak bawah umur didedahkan dengan kandungan lucah dan tidak bermoral dalam sebuah siaran langsung Instagram (‘IGLive’) oleh akaun tersebut.

@SafieyIllias94 didakwa telah membuat ‘IGLive’ bersama kanak-kanak bawah umur pada 1.50 pagi.

Menurut Dr. Rafidah yang merupakan Presiden Pertubuhan Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) melalui sebuah hantaran di laman Facebooknya, laporan polis dibuat ke atas pengguna @SafieyIllias94 yang menjadi hos ‘IGLive’ melibatkan 2 kanak-kanak bawah umur dan laporan dibuat melibatkan kesalahan berikut:

1. Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 : Perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah

2. Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

3. Kesalahan di bawah OBD (orang belum dewasa) Peraturan2 Kawalan Hasil Tembakau 2004

“Saya rasa kita dah banyak bertolak ansur dengan mereka yang Instafamous ini”, kata Dr. Rafidah.

Dr. Rafidah mengingatkan agar ibu bapa memantau anak-anak, di mana mereka tidak sepatutnya menggunakan telefon pintar waktu dinihari dan bagi tujuan melawat atau terlibat dalam gejala sebegini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s