Categories
Islam Negara

Isu penganjuran konsert: Berharap agar solat Jumaat dapat 50 orang

Solat Jumaat disyariatkan apabila turunnya firman Allah dalam Surah al-Jumu’ah ayat 9 iaitu:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Juma’at, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

Majoriti umat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berwajib apabila memutuskan bilangan solat Jumaat berjamaah hanya dibenarkan seramai 12 orang sahaja, namun jadi bingung apabila sebuah rancangan hiburan All Together Now Malaysia yang baru sahaja ditayangkan Ahad lalu boleh mengumpulkan seramai 50 orang juri menilai persembahan para peserta dalam rancangan tersebut.

Persoalannya, bagaimana pihak berwajib menetapkan sesuatu SOP itu? Apakah berdasarkan kepada kepentingan dan keutamaan sesuatu program itu kepada rakyat, atau kerana kedudukan status penerbit yang mengendalikan program, atau mungkin kerana pangkat dan gelaran mereka lebih tinggi daripada jamaah yang mahu mendirikan solat Jumaat, atau pun rancangan itu lebih penting daripada solat Jumaat?

Dalam mazhab Syafi’e telah meletakkan syarat bilangan minima jamaah bagi mendirikan solat Juma’at ialah sekurang-kurangnya seramai 40 orang. Dan 40 orang tersebut mestilah memenuhi syarat wajib Jumaat iaitu lelaki, baligh dan bermastautin. Juga bilangan 40 orang itu hendaklah berkekalan dari awal hingga akhir Jumaat.

Antara hujahnya ialah riwayat daripada Abd al-Rahman bin Ka’ab bin Malik yang menyebutkan bahawa jumlah jamaah solat Jumaat pertama di Madinah adalah seramai 40 orang. “As’ad bin Zararah adalah orang pertama yang mengadakan solat Jumaat bagi kami di daerah Hazmi al-Nabit dari Harrah Bani Bayadhah di daerah Naqi’ yang dipanggil dengan Naqi’ al-Khadhimat. Saya bertanya kepadanya, “Waktu itu, ada berapa orang?” Dia menjawab, “Empat puluh.” (Hadith riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan al-Daraqutni)Dan juga bersandarkan kepada hadith dari Sayyidina Ka’ab bin Malik. Ka’ab dikatakan sentiasa memuji Sayyidina Sa’d bin Zurarah ketika azan dikumandangkan. Lalu beliau ditanya: “Mengapa engkau selalu memuji Sa’d bin Zurarah ketika mendengar azan?” Ka’ab lalu menjelaskan bahawa: Sa’ad bin Zurarah lah orang pertama yang mengumpulkan kami untuk mendirikan solat Jumaat. Lalu beliau ditanya: “Berapa ramaikah bilangan kamu ketika itu? Ka’ab lalu menjawab: 40 orang.” (Hadith riwayat Abu Dawud)

Daripada hadith Ka’ab bin Malik inilah terbinanya hujah dalam Mazhab Syafi’e yang meletakkan syarat minima bagi perlaksaaan solat Juma’at itu kekal seramai 40 orang. Soal pihak berwajib menetapkan bilangan 12 orang bukanlah isunya di sini walaupun agak terkilan apabila hujahnya bersandarkan kepada dalil dari mazhab selain Syafi’e tetapi masih dalam lingkungkan Ahlissunnah wal-Jamaah.

Bagi MUAFAKAT, dengan menimbang antara keputusan membenarkan hanya 12 orang untuk mendirikan solat Jumaat yang mengikut mazhab Syafi’e tidak sah, dengan 50 orang juri berlonggok hadir dalam rancangan hiburan TV semata-mata amatlah menyinggungkan perasaan umat Islam secara keseluruhannya. Maka dari itu, MUAFAKAT berharap bilangan jemaah solat Jumaat juga dapat ditingkatkan kepada 40 orang agar sah solat Jumaat berjamaah mengikut mazhab Imam Syafi’e Rahimahullahu Ta’ala.

Wallahua’lam

Dikirim oleh Haji Rashidi bin Haris yang merupakan Ketua Aktivis Pertubuhan MUAFAKAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s