Categories
Pendidikan

MRSM terus unggul, seramai 1,098 pelajar peroleh semua A dalam SPM 2020

KUALA LUMPUR – Seramai 1,098 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mendapat semua A (A+, A dan A-) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, yang menyaksikan peningkatan berbanding 761 pelajar pada 2019.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, daripada jumlah itu, 22 pelajar memperoleh semua A+.

Beliau berkata, 8,095 calon dari 53 MRSM di seluruh negara menduduki peperiksaan itu dengan kejayaan 100 peratus gred lulus dalam semua mata pelajaran.

“SPM 2020 bagi MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.359, keputusan ini menunjukkan peningkatan prestasi berbanding SPM 2019 (2.538) dan SPM 2018 (2.458),” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, lapan MRSM menunjukkan prestasi cemerlang dengan GPM kurang daripada 2.0 iaitu MRSM Tun Ghafar Baba; Langkawi; Taiping; Alor Gajah; Kuala Kubu Bharu; Johor Bahru; Kuantan dan Pengkalan Hulu.

Abdul Latiff berkata, subjek teras dalam SPM 2020 iaitu Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Matematik juga menunjukkan peningkatan Gred Purata Subjek (GPS) berbanding SPM 2019.

Beliau berkata, pencapaian subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menunjukkan peningkatan GPS bagi subjek Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Reka Cipta.

Subjek elektif lain seperti Prinsip Perakaunan, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah serta Ekonomi turut menunjukkan peningkatan dari segi GPS.

“Komitmen pengurusan Mara dan MRSM serta semua warga guru memainkan peranan besar dalam kejayaan SPM 2020.

“Sinergi semua pihak memastikan segala program yang disusun berjalan lancar walaupun dalam keadaan pandemik COVID19,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Mara terus komited untuk meningkatkan prestasi akademik calon SPM 2021 melalui inisiatif antaranya menetapkan pakej mata pelajaran dengan memberi fokus kepada bilangan maksimum subjek yang diambil serta menyusun semula peruntukan sela masa bagi subjek STEM. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s