Pejuang seks songsang makin melampau menghina agama!

Saban tahun kumpulan dilaknati Allah SWT ini akan mengadakan perarakan yang dinamakan sebagai Perarakan Kebanggaan atau Pride Parade yang biasa diadakan sekitar bulan Jun dan pada sesetengah negara perarakan ini merupakan acara tahunan dalam kalendar negara tersebut, seperti di Brazil, ada Sao Paulo Gay Pride Parade.

Tahun 2017 mencatat rekod kehadiran seramai 5 juta golongan laknatullah ini dari seluruh pelusuk dunia.Bagi umat Islam di Malaysia yang meletakkan pada Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – Islam adalah agama bagi Persekutuan, sudah tentu menjunjung tinggi perlaksanaan prinsip akhlak mulia mengikut aturan yang digariskan oleh Islam.

Dengan mencontohi peribadi Rasulullah SAW yang diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia di tengah-tengah kehidupan umat manusia seperti maksud hadith: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia.” (Riwayat Baihaqi)

Jelas terdapat percanggahan malah pertentangan antara Islam dengan budaya seks songsang ini apabila Islam lebih mementingkan soal akhlak, bukan sahaja tentang penampilan kemas dan bersih tetapi peribadi Muslim itu juga harus teratur dan bersih. Maksud “teratur” ialah mengikut fitrah kemanusiaan bukannya fitrah kebinatangan, dan “bersih” pula dalam segala urusan kekeluargaan, daripada perkahwinan yang halal dan hubungan intim mengikut tabi’i semula jadi bukan yang boleh mengundang penyakit kronik.

Slogan “Be Yourself”, dijadikan propaganda bagi menghalalkan hubungan sejenis budaya lesbian dan transgender bukanlah sifat semula jadi manusia. Binatang yang tidak berakal pun mampu kenal jantan dan betina. Amat jijik sekali apabila manusia masih lagi tercari-cari identiti diri yang menggambarkan seolah-olah Tuhan gagal dan melakukan kesilapan. Sedangkan kepercayaan Islam bahawa Tuhan itu sempurna tidak melakukan kesalahan.

Mengimbas kembali sejarah tentang larangan Islam terhadap perlakuan homoseksualiti, biseksualiti dan lain-lain, tercatat dalam Al-Qur’an bagaimana murka Allah Ta’ala terhadap kaum ini sehingga membinasakan mereka saat di dunia lagi apabila menghukum dengan amat keras; dibuka tanah, dihempap dengan gunung yang besar dan diseliputi garam dan diabadikan sebagai peringatan dengan nama “Laut Mati”.

Terkini, kaum ini bertindak melampau apabila dalam laman portal organisasi kaum ini memaparkan poster-poster lucah dengan menghina pelbagai agama termasuk agama Islam. Menghairankan mengapa pihak kerajaan boleh terlepas pandang hal ini khususnya Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Menteri YB Saifuddin Abdullah.

Pihak kerajaan perlu peka isu-isu sensitif seperti penghinaan terhadap Agama Islam dan juga terhadap Raja-Raja Melayu yang kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Belum tertangkap pondan Muhammad Sajjad penghina agama, kini muncul pula saingannya Safiey Ilyas dan Pipinatasha yang baru-baru ini berkomunikasi lucah dengan menunjukkan aksi lucah goyang buah dada kepada remaja bawah umur. Perlakuan ini salah di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atas perbuatan berkongsi kandungan lucah, yakni kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Penularan kerosakkan akhlak LGBTQ ini mendatangkan kesan buruk sebagaimana terdapat laporan menyatakan penularan penyakit mental ini ditahap kritikal apabila “Malaysia Global AIDS Monitoring 2020” menunjukkan prevalens HIV di kalangan homoseksual adalah 21.6% manakala bagi transgender 10.9%. Kadar ini sangat tinggi. Kadar jangkitan HIV di kalangan mereka yang berumur 15-19 tahun (umur lingkungan pelajar sekolah) ialah 4%.

Joe Biden selepas beberapa jam mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) menggantikan Donald Trump, menandatangani arahan eksekutif yang boleh ditakrifkan sebagai mengiktiraf dan mempromosi hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di seluruh dunia. Arahan ini menyebabkan kanak-kanak perempuan di sekolah di US pula terpaksa berkongsi tandas dengan kanak-kanak transgender yang sebelumnya tidak dibuka kepada kanak-kanak trangender.

Malangnya pernah kerajaan sebelum ini mahu mempertahankannya dan mempromosi sifat keji kepada orang ramai agar menerima golongan rosak akhlak ini diterima sebagai sebahagian daripada komuniti normal dalam masyarakat. Sepatutnya rakyat harus diberi penjelasan dengan kepalsuan dakyah “terperangkap dalam jantina yang salah” atau “born this way theory”. Jangan nanti setelah ramai terperdaya lalu mengambil ubat menghalang baligh “puberty blocker” kerana mereka ingin menukar jantina.

Di Barat, ibubapa terpaksa menubuhkan organisasi bernama Transgender Trend yang membantah garis panduan yang disediakan oleh pihak pro LGBT bernama Stonewall. Manakala di Amerika Syarikat, negeri Arkansas terpaksa menggubal akta Arkansas Save Adolescents from Experimentation (SAFE) bagi mengharamkan “puberty blocker” dan pembedahan pertukaran jantina yang ditawarkan kepada mereka yang terpedaya terutamanya anak-anak muda.

Oleh kerana ini, kerajaan perlu mengambil sikap yang lebih agresif bagi membendung dan memantau kaum ini daripada melampau-lampau mempromosi gerakan mereka sehingga berani secara terang terangan menghina agama Islam. Isu ini amat serius dan kita mesti menyelamatkan rakyat kita daripada anasir pro-orientasi seks songsang yang bercanggah dengan agama dan ideologi transgenderisme daripada menular di dalam negara.

Dikirim oleh Haji Rashidi bin Haris merupakan Ketua Media PEMBELA yang juga Ketua Aktivis Pertubuhan MUAFAKAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: