Categories
Pendidikan

Dong Zong kesal pendidikan negara ‘terperangkap’ dalam sistem tunggal

BANGI – Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong mendakwa kesal dengan pendidikan negara yang terperangkap dalam sistem yang bersifat tunggal.

Pengerusinya, Tan Tai Kim mendakwa, setiap aliran pendidikan kononnya kaya dengan ciri-ciri kepelbagaian dalam masyarakat.

Katanya, kewujudan pendidikan Cina dan sekolah aliran berlainan mencerminkan kepelbagaian dalam masyarakat.

Tai Kim mendakwa, sehingga kini, Malaysia adalah sebuah negara dengan kepelbagaian, namun terperangkap dalam sistem negara yang bersifat tunggal.

“Sekolah pelbagai aliran sudah berkembang di Malaysia lebih 200 tahun lamanya, kita sebenarnya sedang memelihara khazanah negara dan nilai persaingan yang mengkayakan ciri kepelbagaian dalam masyarakat.

“Selain pendidikan Cina, kepelbagaian dalam pendidikan juga adalah khazanah berharga negara,” katanya seperti dilapor portal The Malaysian Insight versi Cina pada 6 Jun lalu.

Tai Kim mendakwa, dalam memelihara perkembangan pendidikan Cina, pendidikan aliran lain juga perlu diambil kira, dengan menggalakkan ia berkembang bersama bagi memastikan nilai kepelbagaian terus wujud.

Dia berkata demikian ketika majlis perasmian program Talian Kem Belia Pendidikan Cina, Sabtu lalu.
Tai Kim berkata, Dong Zong sedar pembabitan golongan belia penting demi memastikan pendidikan Cina terus terpelihara.

“Kita berharap selain meneruskan misi generasi dahulu, mereka juga akan menangani pelbagai masalah berhubung pendidikan Cina di negara ini secara proaktif.

“Fahami sejarah pendidikan Cina dan bahasa ibunda kaum lain melalui pembacaan, hanya dengan cara itu dapat memupuk sayang dan menghargai pendidikan Cina,” katanya.

Kredit berita: Portal Islam dan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s