Categories
Antarabangsa Masyarakat Negara

Dr Amalina ‘koyak’ dikecam, isu bodoh-bodoh Prof Muhaya

KUALA LUMPUR – Pelatih Pakar Bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri dikecam netizen susulan kenyataannya yang membidas video dimuat naik Pakar Motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad semalam.

Nur Amalina melalui Twitternya berkata, dia seolah-olah dijadikan ‘punching bag’ susulan kenyataan itu walaupun ramai lagi netizen yang menyatakan pendapat sama berkenaan video dimuat naik Muhaya.

“Kenyataan bahawa ramai individu termasuk doktor dan orang terkenal lain memberikan pendapat yang serupa, tetapi kemudian Dr. Amalina juga mendapat perhatian oleh media dan dijadikan ‘punching bag’. Sudah nasib,” ciapnya.

Nur Amalina kemudiannya sempat berpesan kepada para wanita untuk kekal menjadi diri sendiri dan jadi versi terbaik diri mereka.

“Apa-apa pun, jodoh itu di tangan Allah,” tambahnya.

Dalam pada itu, Nur Amalina turut memuat naik beberapa tangkap layar yang memaparkan mesej-mesej biadab yang diterima di laman Instagramnya dan meminta orang ramai untuk melaporkan akaun-akaun tersebut.

Terdahulu, Nur Amalina membidas kenyataan Muhaya yang berpendapat seorang wanita perlu ‘bodoh-bodoh’ sedikit jika mahu cepat bertemu jodoh.

Beliau yang mendirikan rumah tangga dengan seorang warga Eropah di London pada 31 Mac lalu menegaskan lebih sanggup tidak berkahwin jika kebodohannya yang menjadi daya tarikan lelaki.

– Kredit Berita: Kosmo Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s