Khalid Samad anjur peraduan cipta lagu ‘Batal Darurat’, jadi bahan lawak netizen

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam dari Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad mengumumkan penganjuran peraduan cipta lagu sempena kempen Tamat Darurat yang didakwa digerakkan oleh Pakatan Harapan.

Pemenang tempat pertama yang ditawarkan oleh pihak penganjur bagi peraduan ini agak lumayan, iaitu sebanyak RM3,000 yang dijangka mungkin akan menarik minat segelintir pihak.

Walaubagaimanapun, peraduan ini menjadi bahan lawak netizen yang rata-ratanya menganggapnya sebagai suatu usaha terdesak dan buntu pihak pembangkang yang bersungguh-sungguh menggerakkan kempen ini sejak sekian lama tetapi tidak mendapat sambutan hangat oleh masyarakat.

Ada juga yang memuji usaha penganjuran peraduan ini sebagai suatu usaha yang kreatif untuk menarik perhatian kumpulan anak-anak muda yang kekosongan ketika menghadapi kawalan pergerakan di rumah dan sebagai peluang untuk meraih wang ringgit.

May be an image of text
Poster iklan peraduan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: