Sat. May 21st, 2022

KUALA LUMPUR – Seramai dua pelajar Orang Asli dari Pahang memperoleh keputusan 9A bagi Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Dua pelajar cemerlang itu adalah Rozainizam Azizian dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muadzam Shah dan Juniza Ellyana dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rompin.

Timbalan Menteri Luar Bandar, Abdul Rahman berkata, keputusan yang dicatatkan itu membanggakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan masyarakat Orang Asli melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Semestinya berita ini menjadi kebanggaan kepada seluruh negeri Pahang, masyarakat Orang Asli dan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.