Peruntukan kerajaan kepada SUHAKAM lebih RM41 juta, sejak 2015

KUALA LUMPUR – Pendedahan tentang peruntukan kerajaan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dibuat oleh seorang pendakwah terkenal, Firdaus Wong melalui laman Facebooknya, bahawa SUHAKAM telah menerima peruntukan sebanyak RM 41,645,928.82 dari tahun 2015 sehingga 2019 menurut laporan tahunan yang diterbitkan oleh badan tersebut.

Beliau mempersoal tentang wang rakyat yang diberikan kepada SUHAKAM itu susulan isu kajian pengiktirafan jantina ketiga oleh badan tersebut yang menjadi polemik dalam masyarakat Malaysia.

“Dari membazirkan wang rakyat & diberikan kepada SUHAKAM, RM41.6 juta itu boleh digunakan untuk manfaat rakyat. Kenapa kerajaan terus menerus mahu memberikan dana kepada satu pertubuhan yang saban tahun melakukan sesuatu yang ingin melakukan projek seumpama ini yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia?”, katanya.

Laporan tahunan terkini yang ditebitkan oleh SUHAKAM pada tahun 2019 menunjukkan pada tahun itu sahaja, mereka menerima geran kerajaan sebanyak RM12,950,500.00.

Laporan tahunan SUHAKAM 2019.

Terdahulu, SUHAKAM memuatnaik sebuah iklan pencarian seorang penyelidik bagi tujuan kajian terhadap pengiktirafan jantina ketiga secara legislatif.

Iklan tersebut telah mencetuskan kegusaran rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang bimbang akan implikasinya.

— Berita Melayukini, 16/6/2021

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: