Keberkatan berdoa berjemaah di Masjid

Sangkaan segelintir yang mengatakan “doa” tidak memberi kesan kepada penyebaran wabak penyakit Covid-19 adalah pandangan meleset dan berbahaya terhadap iman. Ini kerana secara tidak langsung seorang itu telah menafikan hadith Nabi ﷺ:

الدُّعَاءُ سِلاحُ الْمُؤْمِنِ، وَعِمَادُ الدِّينِ، وَنُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

Maksudnya: “Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.” (Riwayat al-Hakim)

Hadith ini diperkuatkan dengan Firman Allah SWT, maksudnya: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Surah Ghaafir: ayat 60)

Terdapat pula pesanan Rasulullah ﷺ dalam hadith lain menyebut tentang kelebihan berdoa di hari Jumaat. Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba Muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, Baginda berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dan antara hadith yang kuat sandarannya menunjukkan kelebihan berjemaah di masjid dengan memakmurkannya dapat menjauhkan daripada penyakit adalah seperti berikut:

Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ اللهَ تَعَالَى إِذَا أَنْزَلَ عَاهَةً مِنَ السَّمَاءِ عَلَى أَهْلِ الأرْضِ صُرِفَتْ عَنْ عُمَّارِ الْمَسَاجِدِ.

Maksudnya: “Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala menurunkan penyakit dari langit kepada penduduk bumi maka Allah menjauhkan penyakit itu dari orang-orang yang meramaikan/memakmurkan masjid.”

Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذا أرَادَ الله بِقَوْمٍ عاهةً نَظَرَ إِلَى أهْلِ المَساجِدِ فَصَرَفَ عَنْهُمْ

Maksudnya: “Apabila Allah menghendaki penyakit pada suatu kaum, maka Allah melihat Ahli Masjid, lalu menjauhkan penyakit itu dari mereka.”

Anas bin Malik radhiyallahu’anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

يَقُولُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: ” إِنِّي لَأَهُمُّ بِأَهْلِ الْأَرْضِ عَذَابًا فَإِذَا نَظَرْتُ إِلَى عُمَّارِ بُيُوتِي والْمُتَحَابِّينَ فِيَّ والْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ صَرَفْتُ عَنْهُمْ “

Maksudnya: “Allah Azza wa Jalla berfirman: “Sesungguhnya Aku bermaksud menurunkan azab kepada penduduk bumi, maka apabila Aku melihat orang-orang yang meramaikan rumah-rumah-Ku, yang saling mencintai kerana Aku, dan orang-orang yang memohon ampunan pada-Ku maka Aku jauhkan azab itu dari mereka. (Riwayat al-Baihaqi)

Imam al-Sya’bi, ulama Salaf dari generasi tabi’in Rahimahlahu Ta’ala berkata:

“كَانُوا إِذَا فَرَغُوا مِنْ شَيْءٍ أَتَوُا الْمَسَاجِدَ “

Maksudnya: “Mereka (para Sahabat) apabila ketakutan tentang sesuatu, maka mendatangi masjid.” (Riwayat Al-Baihaqi)

Kesimpulannya daripada beberapa riwayat hadith di atas, ia menyampaikan kepada kita bahawa saat kita umat Islam berada dalam situasi wabak sedang menular dan merebak pantas yang mengancam masyarakat ini, umat Islam dianjurkan supaya semakin rajin dan kerap ke MASJID. Bukan meninggalkan dan menjauhi diri daripada masjid sebagaimana pendekatan yang sedang diambil oleh pihak berkuasa hari ini.

Seharusnya perlu menggalakkan lagi kariah ke masjid terutamanya di waktu solat Subuh dan Solat Jumaat. Begitu janggal sekali apabila hanya seramai 12 orang kariah sahaja dibenarkan solat Jumaat secara berjamaah sedang ruang dewan solat untuk berjamaah amat luas sekali.

Justeru, MUAFAKAT dengan tegas dan konsisten mempertahankan jumlah 40 ORANG KARIAH sebagai syarat sahnya solat Jumaat dan mendesak Menteri Agama agar mengusahakan sesuatu.

Hujah ini berdasarkan kepada satu hadith dari Ka’ab bin Malik yang dikatakan sering memuji Sa’d bin Zurarah ketika azan dikumandangkan. Lalu beliau ditanya: “Mengapa engkau selalu memuji Sa’d bin Zurarah ketika mendengarnya azan?” Ka’ab lalu menjelaskan bahawa: “Sa’ad bin Zurarah adalah orang pertama yang mengumpulkan kami untuk mendirikan solat Jumaat.” Lalu beliau ditanya: “Berapa ramaikah bilangan kamu ketika itu? Ka’ab lalu menjawab: “40 orang.” (Hadith riwayat Abu Dawud).

Dikirim oleh Haji Rashidi bin Haris yang merupakan Ketua Aktivis Petubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: